• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum.

Kalau korang baca previous entry aku yang konon-konon sedih sangat tak dapat balik rumah sebab homesick, sebenarnya aku balik juga akhirnya. Hahahahahahahahahahaha.

Ceritanya begini, ceh!

Petang tu aku memang dah redha sebab tak dapat balik tapi tiba-tiba kawan aku whatsapp tanya "Dah balik ke?" Emmm sedih je. Borak borak lepas tu dia cakap dia pun dapat tiket terakhir pukul 6 setengah petang. Aku pun macam hmm sekurang-kurangnya dapat balik..... Lepas tu dia cakap bas malam ada lagi waktu dia beli tiket dia. Aku pun excited punya pasal pergilah suruh dia tanyakan kat kaunter, last-last habis jugak -_- 

Dia bagi cadangan suruh naik train. Aku tak pernah naik train so memang tak terfikir langsung nak balik naik train. Terus call KTM, dia cakap train pukul 10.20 malam tinggal 28 seats. Aku cakap nak book terus boleh, dia cakap tak boleh kena beli kat kaunter. K.

Masa tu dah pukul 6 setengah, aku terus siap-siap nak kejar 28 seats tu. Call akak driver suruh ambil aku pukul 6:50 hantar ke KTM Padang Jawa. Sampai Padang Jawa, topup kad touch & go lepas tu masa nak swipe tu dia cakap baki aku tak cukup. Aku dah serabut, nak tanya kaunter tapi ramai sangat orang tengah beratur. Aku pun tanyalah sorang kakak ni. Dia pun tolong aku touch kad tu tapi tak boleh jugak. Tiga minit jugaklah kitaorang dok touch kad tu tapi tak boleh-boleh hahahahahahaha. Akhirnya baru aku sedar yang tempat aku touch tu untuk keluar bukan masuk. Jammed. Nampak tak betapa serabutnya aku masa tu? HAHAHAHA.

Sepanjang perjalanan dalam train yang lama gila tu, Kak Iza tulah yang teman aku. Hehehehe. Dia kata kesian kat aku sebab balik sorang-sorang, malam-malam pulak tu. Hmmm ada juga orang simpati kat aku. Kehkeh.

Sampai KL Sentral, Kak Iza teman aku tanya tiket train untuk ke Kluang, nak tahu kakak kaunter tu cakap apa? "Tiket habis dik, esok pagi je ada, pukul 5 pagi." Aku terus melopong 15 saat sampai kenyang makan lalat 6 ekor. Nak je aku balas, "Akak buat lawak ke ni? Sumpah tak kelakar langsung." tapi tak mampu. Huhuhuhu.

Aku terus call ayah tanya macam mana semua, akhirnya aku terima hakikat yang aku tak boleh balik Kluang malam tu dan aku kena tunggu train kat KL Sentral sampai subuh! Sedih sungguh rasanya hati ini. Hahaha. 

Pukul 2:40 pagi ><

Nasib baiklah aku ni peramah (sangat!) dapatlah lagi sorang kawan kat sini, Ika namanya. Dia nak balik Ipoh tapi train pukul 7 pagi. Lagi haruuu! Aku terus rasa bersyukur sangat waktu tu sebab sekurang-kurangnya train aku awal sikitlah daripada dia. Dapatlah aku berkejar untuk ke family day. Hehehehehehe.

Malam tu, kami habiskan masa dengan bercerita je. Seronok bila dapat kenal dengan orang baru tapi dah rapat macam kawan lama. Heeee. Aku memang stay up sebab segan nak tidur kat situ, takut pun ada. Walaupun sebenarnya ramai je perempuan tidur sepah-sepah kat situ. Huhu.

Tapi bila jam dah menunjukkan pukul 3 lebih, aku dah start rasa mengantuk. Tak boleh jadi ni. Aku pun ajak Ika pergi kfc sebab ramai perempuan tidur kat situ. Dapatlah jugak lelapkan mata dalam 40 minit kot? Aku tengok Ika langsung tak tidur. Hebat betul dia boleh tahan mata walaupun mata dah merah hahaha.

Bila dah pukul 5 pagi, train aku dah sampai, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain. Lol. Naik je train, cari seat, alhamdulillah dapat seat sebelah perempuan. Tak adalah segan sangat kalau nak tidur ke apa. Train bergerak je aku terus terlelap sebab memang ngantuk + penat sangat.

Yang tak bestnya naik train ialah sebab banyak sangat perhentian sampai rasa macam haih bila nak sampai ni. Hahaha. Yang lain okey je. Oh makanan mahal sikitlah. Aku beli roti je. Nasib baik memang tak lapar sangat.

Kat dalam train ni aku kawan dengan kakak sebelah seat aku jelah. Dia dari Perak nak balik Johor Bahru. Namaaa... Emmm, lupa pulak nak tanya nama dia siapa. Mungkin sebab dah tak sabar sangat nak balik.

Waktu sarapan. Terima kasih temankan saya sarapan ><
Tapi dia moody sikit waktu ni sebab tengah tidur lepas tu kena kejut suruh teman sarapan :p


Akhirnya dalam pukul 10 pagi, aku pun sampai Kluang. Terharu sangat bila nampak bandar Kluang. Hehe. Sampai rumah je tak sempat rehat, tak sempat makan, terus mandi dan bersiap untuk ke family day.

Walaupun perjalanan balik ni memenatkan dan bermacam-macam dugaan aku tempuh, tapi aku bersyukur sangat sebab dapat balik. Dapat tengok ibu ayah, adik-adik. Bila fikir balik walaupun macam-macam perkara terjadi yang nampak macam menyusahkan je tapi dalam masa yang sama Allah permudahkan aku dalam banyak perkara. Allah hantar 3 orang perempuan yang baik untuk teman aku sepanjang perjalanan supaya aku tak rasa lost dan keseorangan. Kalau mereka tak ada, especially Kak Iza dan Ika mesti aku huru hara dan tak tahu apa nak buat dalam situasi-situasi tertentu sebab aku ni cepat gelabah kadang-kadang -_- 

Alhamdulillah. betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu begitu besar :')

Untuk Kak Iza, Ika dan kakak seat-sebelah-dalam-train, terima kasih sebab tolong temankan dan semuanyalah.
Aku doakan dimana saja kalian berada sekarang, semoga Allah permudahkan segala urusan kalian. Amin.
Dan untuk yang call sebab risau dan yang tak henti whatsapp sebab nak 'temankan aku', terima kasih juga ^^

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada ibu dan ayah. Amin.

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Minggu ni aku ada satu perasaan yang pelik sikit. Tak tahulah kenapa. Hmm. Rasa rindu rumah sangat-sangat, rindu ibu ayah, rindu adik-adik, rindu kucing. Teruk pulak tu. Asyik rasa nak menangis je T_T

Adakah ini yang dinamakan cinta homesick?

Kalau mengikut definisi yang diberikan Google, homesick is...

experiencing a longing for one's home during a period of absence from it.

Betullah tu kan aku tengah homesick ni? Hahahahaha :/

Hai.... Ingatkan bila dah study makin dekat dah tak homesick dah. Dulu masa study kat Kedah rilek je tak ada pun nak homesick bagai. Tak tahulah kenapa duduk Shah Alam tiba-tiba homesick. Payah betullah.

Lagi satu, sepatutnya hari ni aku balik dah. Sebab esok ada Family Day. Malangnya, aku tak dapat balik. Okey... Serius sedih sangat. Sebabnya ialah aku tak pandai lagi balik sorang-sorang. Lol. Aku tak reti nak pergi TBS dari Shah Alam, especially by myself. Sudahlah tak pernah pergi. Aku ni pelik-pelik sikit. Karang tak sampai Johor tapi sampai tempat lain pulak. Hahaha. Gosh, I can't even imagine -_-

Tak, hakikatnya aku memang penakut. K.

Arghhhh sebenarnya tak penakut sangat pun sebab semalam memang dah decide nak bantai je pergi sorang asalkan dapat balik Johor tapi bila aku cuba nak beli tiket melalui online, tiket dah habis. Okey sangat sadis. Kawan-kawan aku cakap boleh je beli tiket kat TBS terus tapi ....... deiiii malaslah aku nak cerita lagi. Haha.

Yang penting sekarang ni aku nak pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2. Ada sesiapa dah tengok? Best tak?

Dan yang terakhir, anyone sudi share instagram yang jual baju lawa-lawa tak kisahlah blouse ke jubah ke dress ke? Please drop a comment ya. Aku nak shopping baju puas-puas bagi mengubati hati yang lara. Sobs. 

Thank you! ^^

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Assalamualaikum.

Haaa pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Mei dah kan. Puasa dah nak kunjung tiba. Raya pun dah mengintai dari tirai kamar, hehehe. Macam mana dengan persiapan raya korang? Baju raya dah beli belum? Untuk hari raya pertama memang dah jadi adatlah kita akan pakai baju kurung kan. Tapi baju kurung yang macam mana tu? Kalau kita tengok zaman sekarang ni, fesyen baju kurung modern dah makin cun melecun.

Macam trend-trend fesyen yang lain, trend baju kurung modern pun mengalami revolusi yang cukup pesat dan macam yang kita boleh tengok pada hari ni, industri fesyen tanah air semakin meriah dengan kedatangan ramai pereka fesyen yang memang berbakat tambah pulak dengan munculnya gaya-gaya fesyen yang cukup unik. Kalau kita tengok fesyen baju kurung modern 3 tahun lepas tak akan sama punya dengan yang sekarang.

So, sempena dengan sambutan Hari Raya yang dah nak dekat ni, jom kita tengok trend-trend baju kurung modern yang korang boleh beli buat koleksi baju raya tahun ni! Hehehe, mesti korang rasa nak beli semua ><


Baju Kurung Modern Lace

Cantikkan yang ni? Omg. Aku dah jatuh cinta sangat ni tak boleh nak bangun dah ni. Hahaha. 

Kalau korang tengok baju kurung ni, penggunaan lace sebagai material utama membuatkan baju kurung ni nampak unik + klasik gila! Dengan warna baby blue yang memang cantik sangat, confirm nanti pagi raya korang akan melekat je kat cermin tengok baju sendiri. Haha. And I’m very sure koleksi baju kurung modern lace ini mesti akan jadi antara pilihan no 1 perempuan-perempuan kat luar tu, mihmih.

Baju Kurung Peplum

Peplum!!! Uffff lawanya!!! Kalau tengok baju kurung peplum ni mesti ingat Saloma tak tahulah kenapa. Hahaha. Fenomena peplum ni sebenarnya dah start sejak 3 tahun lepas lagi tapi sampai sekarang fesyen ni still relevan untuk dipakai. Tak lapuk dek zamanlah kiranya. So, kepada kawan-kawan yang tengah baca ni, janganlah rasa teragak-agak nak menggayakan koleksi baju peplum ni sempena syawal nanti ye? :D

Baju Kurung Cape

Next, kita ada fesyen baju kurung modern yang disuntik dengan elemen cape macam kat atas ni. Fuhhhhhhhhhhh, aku tak pernah tahu baju kurung jenis cape ni boleh jadi cantik sangat macam tu????? :O Dulu tengok rasa macam “apa ni.....” Tapi bila tengok yang kat gambar atas ni rasa macam nak lari laju-laju je pergi beli. Hahaha. Kalau korang pakai baju kurung cape ni raya nanti mesti korang akan nampak elegan sangat! Bukan setakat elegan je, nampak bergaya lagi ala-ala diva gitu. Haaaa. Percayalah~

Baju Kurung Modern Klasik

Dan last sekali adalah rekaan klasik baju kurung modern yang sentiasa evergreen dan digemari oleh ramai wanita. Bukan setakat wanita, lelaki pun menggemarinya. Cewahhh! Lagi satu, kalau korang perasan, fesyen baju kurung modern mesti mempunyai potongan bahagian badan yang lebih singkat dan mengikut shape. Tahu tak kenapa? Haaa, tu kira macam dia punya ‘trademark’ lah! Hehehehehe.

Amacam??? Cantik-cantikkan??? Tunggu apa lagi??? 
Bolehlah start shopping untuk koleksi Syawal 2016 yang akan menjelma tak lama lagi ni :D 


Till then!


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku dah balik semula ke Shah Alam. Cuti mid-sem dah habis minggu lepas. Kejapnya seminggu berlalu, macam tak rasa je. Ah ok, sebenarnya lebih seminggu. 9 hari + bonus 2 hari. Hehehehehe.

Sepatutnya balik sini hari Ahad (17 April) yang lepas tapi sebab hari Selasa (19 April) aku ada temuduga kat Johor Bahru, jadi aku ambil keputusan untuk sambung cuti. Seronokkan... Seronok tak seronoklah dua hari aku tinggal kelas. Huhu. Tapi kalau balik sini hari Ahad lepas tu pergi JB lepas tu nak datang sini balik, membazirlah pulak. Membazir duit, tenaga, masa dan segala-galanya -.-'

Sebenarnya, itulah kali pertama aku dapat panggilan temuduga SPA sejak aku isi borang SPA dua tahun lepas. Kalau ikutkan, aku tak nak cerita pun pasal interview tu tapi entahlah, rasa macam nak meluahkan sesuatu tapi tak tahu pada siapa. Blog jelah yang sudi mendengar cerita-cerita bosan aku. Hmmm.

Masa mula-mula dapat panggilan temuduga tu, memang aku rasa macam tak nak pergi je. Sebab aku dah sambung belajar dah pun kan. Buat apa nak fikir pasal tu lagi. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa sayanglah pulak kalau tak pergi. Dapat tak dapat, itu belakang kira. Rezeki, kita tak tahu kan? Jadi berkat sokongan daripada ibu dan ayah tersayang, aku pun pergilah interview tu dengan penuh rasa teruja dan bersemangat. Ceh.

Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masuk je dalam bilik temuduga tu, rasa macam kena tamparan hebat bila dia cakap aku sepatutnya teruskan belajar... Jangan buang masa sebab aku sekarang degree takkan nak turun balik ke tahap diploma? Waktu tu memang dah rasa down dah. 

Aku bukan tak fikir pun pasal semua tu. Aku dah fikir dah masak-masak. Tapi banyak faktor yang menyebabkan aku pergi temuduga tu. Kalau tak, memang aku tak pergilah. Temuduga je pun, belum tentu dapat lagi. Tapi janganlah cakap macam tu, sedih tau. Ada satu lagi ayat dia yang membuat hancur hatiku ini. 

Heh.

Sekarang ni aku malas nak fikir dah. Buat serabut kepala je. Aku serahkan semuanya pada Allah. Dia je yang tahu mana yang terbaikkan? Minggu depan test berderet-deret. Allah. Semoga Tuhan beri aku kekuatan T_T


Korangggg..... Doakan yang terbaik untuk Fieyqa ye? :)


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Assalamualaikum.

Wehuuuuuuu. Lama tak menaip dalam blog ni. Haha. Niat untuk tak abaikan blog ni bila sambung belajar nampaknya tak kesampaian. Hakikatnya, dah sebulan tak update. Bukan tak ada niat nak update. Niat tu ada. Masa dan kerajinan tu je yang tak berapa nak ada. Haha. 

Kadang-kadang masa tengah belajar dalam kelas, rasa macam ada banyak benda je nak tulis dalam blog. Macam-macam terlintas dalam fikiran. Tapi bila blog dah terpampang depan skrin laptop ni, idea terbang ke mana pun tak tahulah. Last-last layan movie je, tak pun sambung buat assignments. *ceh, rajin kan*

Beberapa minggu ni memang rasa tak cukup nafas je, tak tahu kenapa. Rasa macam sibuk sangat, dengan macam-macam benda nak fikir. Nak balik, nak cuti, nak test, nak siapkan assignment, nak prepare slides untuk presentation, sampai kan aku mengalami depresi. Okey tak. Belum teruk sangat sampai tahap depression lah.

Tapi stress tahap nak lari pergi Neverland dan tak balik-balik.

Sekarang ni aku tengah cuti mid sem. Haaa itulah sebab utama mengapa aku update blog pada hari ini! Yeay. Kalau bukan sebab cuti mungkin blog ni akan krik krik untuk jangka masa beberapa bulan lagi sampai aku habis belajar agaknya. Kesian blog ni dapat owner macam aku, selalu kena tinggal. Huhuhuhu.

Sebenarnya dah 4 hari aku kat rumah tapi baru sekarang dapat update -__-


Sorry lah sebab entry ni tak bermanfaat langsung untuk dibaca. 
Chia chia chia <-- gelak paling annoying dalam dunia.


I need a vacation..........
Someone please take me somewhere far awayyyyy :3

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Kadang-kadang kita sibuk nak orang sayangkan kita
Tapi kita tak sedar, kita lupa nak sayang diri kita sendiri :/

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Assalamualaikum.

Semalam aku keluar dengan kawan-kawan sebab nak cari barang sikit plus tengok wayang. Filem Munafik menjadi pilihan. Kami tengok kat Aeon Bukit Raja. Masa nak beli tiket tu, seat pun dah nak habis. Hahaha. Nasib baik sempat beli. Itu pun beratur di priority line, kalau tak confirm tak dapat tengok -_-


SINOPSIS FILEM MUNAFIK

Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.

Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.

Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).


Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.


Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.

Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.


Sumber : Sinopsis Munafik



Review :

Pada pendapat aku, cerita ni memang best sangat! Thumbs up kepada pengarahnya iaitu Syamsul Yusof.

Walaupun bukan cerita hantu sangat, tapi filem ni dah buatkan aku terkejut dan terjerit banyak kali. Haha. Malu sangat rasa macam nak menyorok bawah kerusi walaupun bukan ada orang tahu pun aku yang jerit.

LOL.

Cerita ni akan membuatkan korang sentiasa tertanya-tanya siapa sebenarnya dalang di sebalik semua kejadian yang berlaku? Apa kaitan di antara Adam dan Maria? Siapa sebenarnya yang terlibat dalam kemalangan langgar-lari isteri Adam? Kenapa Maria jadi macam tu? Siapa sebenarnya yang berniat jahat terhadap Maria? Mak tiri Maria tu jahat ke tak sebenarnya? Watak Shah yang macam mencurigakan tu kenapa sebenarnya? Ayah Adam nak beritahu apa sebenarnya kepada Adam? Apa semua ni????? Hahahaha.

Ye, itulah persoalan-persoalan yang akan bermain di minda korang sepanjang menonton cerita ni. 

Banyak scene dalam cerita ni yang buatkan jantung aku mengepam darah dengan kadar paling laju. Hahaha. Scene masa Adam nak ubatkan Maria yang first sekali tu memang paling awesome. Aku tak pernah lagi tengok cerita Melayu sampai rasa seram macam tu sekali. Lagi-lagi part bila Maria sebut "Dajjal". Huhuhu. Rasa macam nak menggigil.


Dan klimaks cerita ini ialah bila semua perkara terhurai satu persatu. Perkara yang korang tak akan expect pun berlaku. Dan orang jahat dalam cerita ini ialah watak yang paling tak disangka-sangka. Huhuhuhu.

Aku pelik bila kawan-kawan aku cakap diorang nangis tengok cerita ni sebab aku tak nangis-nangis pun sampai kesudah. Rupanya part paling lastttttttttt tulah yang paling sedih sampai aku termenangis T_T

Apa yang best pada cerita ni ialah sebab cerita ni sarat dengan pengajaran. Even kawan aku yang non-muslim pun suka tengok cerita ni. Cerita ni mengajar kita supaya sentiasa memaafkan dan jangan berdendam, dan kita kena redha terima qada' dan qadar Allah. Sesungguhnya Allah tak akan membebankan umat-Nya.

Sesiapa yang tak suka tengok cerita Melayu kat wayang (macam aku), pergilah tengok cerita ni. Sangat worth it!


Rating : Aku bagi 4.8 / 5 :)

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Diari Februari #3.
  • Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova
  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Review movie : The Finest Hours
  • Diari Februari #2.

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates