• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum. 

Selamat tahun baru 2015. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam update pasal tahun baru 2014. Padahal setahun yg lepas. Emmm. Kalau tengok balik, 2014 cuma ada 1 post. Haha sedih gilos. Dulu masa sekolah busy dengan sekolah, belajar, exam lagi, sampai nak jenguk blog pun tak ada masa. Ingatkan bila dah habis sekolah, dah free bolehlah selalu update blog. Rupanya..... hampeh. Makin tak ber-update adalah. Bukanlah busy sangat pun, cuma minat nak menaip dalam blog tu macam dah hilang. Blog ni pun dah macam Villa Nabila yg telah lama ditinggalkan tak berpenghuni. Sepi dan... banyak penunggu dah kot. Haha.

Btw aku ingatkan nak buat pembaharuan sikit dalam blog ni. Dah lama blog ni tak tukar baju. Tapi bila tengok kod-kod html tu semua, rasa macam asing sangat je. Aku dah tak pandai nak baca kod lagi. Wuuu. Lama sangat ni tinggalkan dunia blog. Cewah. Oleh sebab itu, nampaknya terpaksalah aku biarkan blog ini dengan baju lama yg dah usang ni sampailah aku dapat hidayah nak bagi dia baju baru T_T

Kalau tengok betul-betul post ni macam tak ada hala tujuan tau. Haha. Sebenarnya nak ucap selamat tahun baru je. Lepas ni memang aku update setahun sekali aje laa sebab nak ucap happy new year je. Huhuhu.

Sepatutnya esok dah balik Kedah. Tapi sebab penangguhan kuliah, jadi weeeee kita enjoy!!! Enjoy-lah sangat. Hahaha. Duit dah habis shopping barang entah apa-apa. Tiket bas yg aku beli untuk balik esok pun burn. So, tak enjoy sangat pun sebenarnya. Tak guna betul tak bagi aku tukar tiket. Bukannya aku nak minta refund pun cuma tukar tarikh je tu pun berkira sangat! %$#@*& Ironinya, ayah aku terpaksalah keluar duit lagi untuk beli tiket baru. Haish. Kalau setakat 10, 20 ringgit tak apa lagi. Membazirlah jugak cerita dia ni. Tapi nak buat macam mana, aku tak sanggup nak balik seminggu lebih awal daripada orang lain. Nanti aku nak tidur dengan siapa.. Nak makan apa.. Nak mandi dengan siapa.. Uhuhu mengada lebih.

Sebenarnya sebelum tahun baru aku ada pasang niat nak update pasal kehidupan aku sepanjang 2014. Lebih kurang macam aku simpulkan semua sekali dalam satu postlah. Tapi.. Ah, tapi lagi. Niat hanya tinggal niat. Harapan tak kesampaian. Masa aku tengah over excited nak update, wifi pulak buat masalah. Akhirnya sampai la ni tak update pun. Dah masuk tahun baru dah. Huhu. Tak ada rezeki. Lainkali jela nampaknya~

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

assalamualaikum dan.. hai.

okey, memang lama sangat tak update blog sampai rasa janggal nak menulis walhal dalam blog sendiri. nak kata tak ada masa tu tipu sangatlah kan, aku bukan buat apa pun kat rumah. well-- penganggurlah katakan. haha. cuma.. tak tahu nak update apa. atau senang cerita, tak ada benda menarik yg nak ditulis dalam blog ni. k tepat sekali.

first of all, aku nak ucapkan selamat tahun baru walaupun dah lambat. gila kau dah setengah bulan februari baru nak ucap. ahaa. tak apa. yg penting kan ucap. daripada tak ucap langsung. iya tak? kehkehkeh.

so... aku dah officially tamat sekolah. spm dah lama habis. sekarang tengah tunggu result. bila fikir pasal result je, mesti rasa kecut perut. siapa tak takutkan.. even dah buat yg terbaik (rasanyalah) tapi still rasa macam i could have done better than that. tapi apa boleh buat.. what past is past. sobs.

masa sekolah dulu rasa tak sabar sangat nak habis sekolah. nak kerja, nak belajar itu ini, nak buat macam macam, tapi bila dah habis sekolah.. amik kau. bosan habis duduk rumah tak tahu nak buat apa. rasa macam kosong je hidup. cehhh. tahun lepas bukan main bersemangat tau aku cari kerja sana sini tapi tak ada rezeki terus rasa malas nak cari kerja lagi. bukan cepat putus asa eh jangan memandai assume. haha.

tapi tapi tapi.. aku ada kerja kat taska sekejap. sekejap sangat. adalah dalam dua minggu. haha. seronok sebenarnya, cuma penat sikit. biasalah jaga budak budak. dengan macam macam kerenahnya. mak aih. mencabar kesabaran gua yg penyabar ni, huhuhuhu.

ramai lagi sebenarnya. tapi ini jelaa aku dapat. okeylah daripada tak ada. simpan buat kenangan manis kau dan aku. kalau aku kerja lama sikit mungkin aku boleh attach gambar setiap sudut taska. hewhew. 

walaupun kerja dua minggu je tapi rasa sayang tu dah ada. lagi lagi pada yg rapat dengan aku. yg suka datang dekat nak manja-manja. sekarang ni pun rasa rindu kat budak budak ni. alahai penyayangnya aku. tak sangka. masuk bakul angkat sendiri nampak? hahaha. maafkan saya.....

sekarang ni aku tengah ambil lesen kereta. 19 februari ni dah test jpj. wuwuwu. takutnya. hari tu qti pun macam-- tak tahu nak cakap macam mana. haha. rasa give up nak drive U.U lol. btw.. aku memang tengah menganggur ni. tak ada sesiapa yg nak ambil aku kerja ke? sobs. kalau ada, pm i di facebook k. ahaks. byeeeeeeeeee.

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

bodohnya aku pabila aku merasa cemburu terhadap perempuan perempuan cantik yang jelasnya gemar memuat naik gambar gambar mereka di laman sosial dengan pelbagai gaya dan riak wajah hanya kerana ingin memberitahu kepada dunia cantiknya mereka, sempurnanya mereka dan betapa bangganya mereka dengan apa yang mereka ada.

jahilnya aku saat aku merasa iri hati terhadap perempuan perempuan bertuah yang kononnya terpaling bahagia kerana di setiap hari mereka pasti disulami rasa cinta terhadap insan insan biasa berlainan gender yang semestinya belum halal bagi mereka sedangkan jauh di sudut hati, aku tahu cinta sebegitu tak kemana perginya.

ya Allah,
bodohnya aku.
jahilnya aku.
kerana adanya rasa cemburu dan iri hati sebegitu yang terkadang membuat aku merasa tidak bersyukur dan berharap lebih daripada apa yang selama ini aku miliki.

kenapalah tidak aku cemburukan wanita wanita mulia, srikandi muslimah sejati pembela agama, yang sesungguhnya sudah dijanjikan syurga buat mereka?

aisya humairah yang dikenali kerana bijak cerdiknya dia
siti khadijah yang terpaling tulus hati dan kasihnya
rabi'atul adawiyah yang zuhud dan patuh terhadap tuhannya
halimatul saadiah yang terpaling ikhlas dan murni hatinya melebihi segala
naila farashiyah yang tetap gagah dan teguh meski tangan bermandi darah.

merekalah sebenar benar wanita solehah. kenapalah tidak aku cemburukan mereka? kenapalah tidak aku berkejar kejaran untuk menjadi permata di kaca lembah daripada terus mendamba mengukir pelangi impian menjadi wanita perhiasan dunia, yang hidupnya sentiasa dipuja puja manusia sedangkan malaikat sendiri melaknatinya?

pimpin aku Ya Rabb.
bimbing aku menjadi wanita solehah.
agar selalu dekat denganMu-- agar syurga menjadi destinasi terakhirku.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

assalamualaikum.

dalam berjuta-juta perasaan yang wujud dalam dunia ni, ada satu perasaan yang paling aku takut; kehilangan. jujur aku benci bila saatnya aku merasa kehilangan. tak kiralah rasa itu pasti, nyata, atau hanya bayangan perasaan aku sekalipun, aku tetap tak suka. 

aku tak rasa aku berseorangan dalam hal ini bukan?

bila aku terlalu rapat dengan seseorang, perasaan inilah yang paling aku takut. sebab tu kadang-kadang bila aku rasa aku dah terlalu rapat dengan seseorang dan aku tak nak ambil risiko, dengan kadar paling segera aku ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada seseorang yang aku kasihi hanya sebab aku tak mahu rasa kehilangan. 

paranoid betul aku ni. haha.

yelaaa, kita ni manusia biasa tak ada kuasa nak meramal masa depan. kita tak tahu apa yang akan berlaku esok, lusa, setahun lagi atau mungkin sepuluh tahun lagi. dan kita pun tak ada daya nak tetapkan masa depan kita sendiri. kalaulah aku boleh tentukan masa depan aku, aku tak nak hilang orang-orang yang aku sayang. tak nak dan tak akan pernah berlaku. aku akan pastikan mereka sentiasa ada dengan aku, bersama aku. walau bukan depan mata, tapi sekurang-kurangnya aku tahu wujudnya mereka. malangnya aku manusia biasa. tiada daya aku nak lawan ketentuan Tuhan. hanya mampu berserah dan pasrah.



*****


dan yeah..... aku rasa kehilangan lagi untuk kesekian kalinya. kita dah tak rapat macam dulu. aku rasa dalam diam, aku kehilangan kau. aku tak tahu sama ada ini hanya perasaan aku atau memang itulah hakikatnya. kita makin jauh dan jauh. if you know what i mean. 


aku bukan apa.
aku cuma..

rindu!


argh bencinya bila rasa macam ni.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
butterfly, red, and hand image
assalamualaikum.

akhirnya, dapat juga aku lepaskan rindu yang membuak-buak terhadap blog ni. so how's your life guys? agak-agak masih ada lagi ke orang nak baca blog ni? hmmm sedih -__-

sekarang ni tengah cuti sekolah. itu yang excited semacam nak update blog. 
biasalah, budak spm. nak spend time sangat dekat blog pun tak boleh. busy manjang.

cakap pasal spm, actually sampai sekarang aku masih lagi tak percaya yang aku dah nak spm. dah nak habis sekolah dah. rasa macam kanak-kanak lagi. kenangan manis waktu mula-mula masuk sekolah, masih terpahat segar dalam ingatan. how i wish i could turn back time... waktu dimana aku mula-mula melangkah ke sekolah menengah. berjumpa dengan kawan-kawan baru. suasana baru. pengalaman baru. semuanya baru. 

entah kenapa, aku seperti masih berada di dalam lena yang panjang. diisi dengan mimpi indah. dan kerana itu, aku seakan tidak mahu bangkit dari lena ini. aku cuma berharap akan hadir seseorang yang mampu bangunkan aku dari segala mimpi indah yang tak kemana ini. 

ah sudah! 

aku tahu spm ni penting. so, for the sake of my future, aku perlu bangun juga dari lena ini walau indah mana sekali pun mimpi yang aku alami. dah tak boleh nak berangan-berangan lagi. waktu dah tak lama lagi dah. pejam celik pejam celik dah tiba harinya. aku harap aku boleh lupakan semua benda yang tak penting dan fokus dengan apa yang aku betul-betul perlu lakukan. ini masa depan aku, aku yang tentukan masa depan aku. kalau bukan aku siapa lagi ya tak? takkanlah ayam jiran belakang rumah aku pulak yang nak tentukan.

aku tahu apa yang aku nak. aku tahu apa yang selama ini aku impikan. and i would do anything to achieve what i want. pandang ke depan dan tak perlu toleh ke belakang lagi. doakan yang terbaik untuk aku. in shaa Allah, aku doakan yang baik-baik buat kalian :) semoga kita sama-sama berjaya hendaknya.


Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bikhair. 
"Wahai tuhanku permudahkanlah segala urusanku dan janganlah kau susahkannya. "

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

assalamualaikum.

aku tahu benar ada satu jenis manusia itu yang bila masanya dia bahagia, dia terpaling suka kalau orang lain tahu. kalau boleh, dia nak satu dunia tahu yang dia tengah bahagia. biasalah. ayam bertelur pun riuh sekampung. inikan pula manusia. tak gitu? erm.

aku tak salahkan manusia-manusia ini yang mungkin niat mereka cuma nak berkongsi kebahagiaan yang mereka alami sekarang dengan manusia lain. aku pun pernah juga mengalami situasi yang sama. bahagia yang teramat sampai aku nak seluruh alam ini tahu dan meraikan kebahagiaan aku bersama. okey itu over.

tapi kalau melihatkan keadaan dunia saat ini yang penuh dengan manusia berhati busuk dan bermulut longkang, aku rasa lebih baik tak perlu. bukan lebih baik, memang tak perlu pun.

kalau benar pun kau sedang merasa bahagia bagaikan jasadmu sedang terapung-terapung di awangan nan biru, simpanlah. simpanlah untuk diri sendiri. terutamanya adik-adik yang baru nak kenal dunia. baru nak berjinak-jinak dalam percintaan. aku bukan nak melarang orang nak bercinta. tak pernah. tak ada hak pun. cuma serius aku cakap, berhentilah menjual cerita bahagia anda sana sini. kami tak mahu tahu.

awak cintakan dia, dia cintakan awak. 
ye aku tahu. tapi cukuplah kamu berdua saja yang tahu.

kebahagiaan yang kita rasa pun semuanya Allah yang beri. sujudlah. panjatkan rasa kesyukuran ke atas-Nya dalam setiap sujudmu. itu lebih baik daripada kita sibuk menjaja cerita dan aib sendiri. 

maafkan kiranya ada yang terasa dengan entry aku ini. tak apa. tak paksa pun untuk kalian ikut dan patuh. kalau rasa betul dan boleh diterima, ambil. kalau tak suka, endahkan. 

kita memang suka melihat kita bahagia. 
tapi ingatlah satu perkara...




tak semua orang suka melihat kita bahagia :)

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

assalamualaikum.

"kau ada kawan baik tak?"
"ada. kenapa?"
"siapa kawan baik kau?"

diam.

bila cakap pasal kawan entah kenapa aku jadi sangat sensitif. padahal bukan isu sensitif pun. aku tak hipokrit untuk menafikan yang aku sangat memerlukan kawan dalam hidup. betul. aku sangat memerlukan kawan.

since aku darjah 1 sampailah sekarang aku dah tingkatan 5, i really need friends. 

aku perlukan manusia-manusia caring di sekeliling aku. atau dalam bahasa mudahnya "kawan" walaupun sebenarnya tak adalah caring mana pun... hahaha! well at least you know..... i can't even imagine my life without friends. pergh, mesti bosan dan pathetic sangat. borak sorang-sorang. belajar sorang-sorang. ketawa sorang-sorang. nangis pun sorang-sorang. rasa nak telan clorox je.

tapi aku bersyukur sebab aku ada kawan yang ada dengan aku waktu senang-senang. waktu susah-susah belum tahu lagilah sebab belum ada pengalaman. ahaks. in shaa Allah kawan susah senang. just berharap persahabatan yang terjalin ni kekal sampai akhir hayat. amin.


p/s: tadi gaduh dengan fynaz. menyampah!

p/s/s: lepas tu dua-dua ego taknak mintak maaf. hahaha.

p/s/s/s: aku rindu seseorang sebenarnya....

p/s/s/s/s: okay kalau boleh memang nak banyak lagi. haha. bye :)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Diari Februari #3.
  • Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova
  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Review movie : The Finest Hours
  • Diari Februari #2.

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates