• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

testing testing. lamanya tak sentuh blog ni. rindu nak update macam dulu - dulu. wuwuwu. kalau ikut hati memang nak update setiap hari, tapi tahap kesibukan yang berada di tingkat paling tinggi membatasi segalanya. plus sekarang bulan ramadhan. busynya lain macam. kelam kabut jadinya hidup aku. dah seminggu puasa tapi masih belum dapat susun jadual harian dengan lebih teratur dan sistematik. tahun ni mencabar sangat. tak macam tahun - tahun sebelum ni. sedikit teruji tahap kesabaran dan keimanan aku. hehe.

nak kata ada benda best nak cerita ke apa ke, memang takde. cuma lepaskan gian nak menaip jek. heee. jam dah menunjukkan pukul 2.00 a.m. tapi mata masih belum ngantuk. tiada tanda - tanda langsung yang menunjukkan sepasang mata ini perlukan istirehat -___- mungkin sebab siang tadi dah terlebih tidur kot. eh.

by the way, pentaksiran kurikulum yang kedua dah dekat ye hanak - hanak. kurang lebih dua minggu lagi.. persediaan apa pun tak buat. ya Allah.. cuaknya. wuwuwu. banyak lagi topik yang aku masih tersisih jauh di belakang ditinggalkan pasukan lain yang telah mara ke hadapan dengan jayanya. sadis tak bunyinya? haih............ *mengeluh panjang* tak ada gunanya lagi nak mengeluh. "wake up Sharmeen! wake up! you can do it!" yeah. i hope so.... doakan saya. nanti saya doakan awak :p sharing is caring. k takde kena mengena.


lastly nak bagitahu, act rasa janggal sangat nak update ni sebab tahu takde orang baca T^T



K.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

assalamualaikum.

beberapa hari yg lalu, ayah bawa kami sekeluarga except my big brother along (sebab dia kerja), makan angin dan berjalan-jalan di sekitar Muar dan Melaka. memang dekat je tapi seriously we had a very great time there! kami bertolak pagi Rabu dalam pukul 7 lebih gitu.

our first destination was the Sungai Gersik Hot Spring, Muar, Johorrrrr.


kami tak mandi pun. just lepak-lepak, cuci mata, main rendam-rendam kaki jek sebab masa tu pagi lagi jadi mood nak mandi memang takde. lagipun air dalam kolam tu memang panas sangat. aku tak tahan. baru rendam kaki 5 minit dah kepanasan macam kena rendam dalam air mendidih. pftt.


then kami teruskan perjalanan ke Pantai Klebang, Melaka. waktu tu tengah hari, matahari memang tengah terpacak atas kepala. tapi disebabkan kehadiran angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa, bahang kepanasan pun berkuranglah sikit. bentang tikar kat port yg paling best dan... makan! selera habis makan tepi pantai walaupun angin makin lama makin kuat. heee~ next destination ialah pantai puteri. sorry gambar takde :p



nie time kat muzium kapal selam. waktu sampai situ, aku rasa teruja gila tengok kapal selam tu. mula-mula ingatkan boleh masuk dalam, rupanya boleh tengok daripada luar jek terus patah seribu hatiku~ tapi kat sini memang best. banyak informasi berguna kita boleh dapat kalau rajin bacalah :p bayaran masuk pun murah je.


lepas tu pergi bandar Melaka. pusing-pusing dataran pahlawan, mahkota parade semua. masuk semua muzium yg ada kat situ. haha. seronok gila. rasa macam nak pergi lagi jek. tapi waktu aku pergi nie ada banyak rombongan dari mana entah so muzium jadi crowded sikit, terasa macam dalam tin sardin pulak.

dalam petang sikit, ayah bawak naik river cruise. yg nie awesome! kami dapat tengok bandar Melaka sambil cuci mata melihat keindahan alam. tapi paling best sebab ada budak lelaki handsome dalam tu lepas tu kami main mata sekejap. hahahaha. k stop.

malam tu kami bertolak balik ke Muar and masa dalam perjalanan tu, kami singgah kedai tepi jalan melantak durian pulak. pergh, syok tahu tak. lepas gian sebab dah lama tak makan durian.

keesokkan harinya, kami bertolak pula ke Gunung Ledang, Tangkak. family mak long dah sampai dulu.


best, memang best. kami naik sampai atas. sampai jumpa air terjun paling tinggi. kalau boleh nak naik tinggi lagi bak kata adik aku, nak jumpa puteri gunung ledang. tak dapat jumpa puteri, nampak jambatan emas pun jadilah kan. malangnya hajat kami tak kesampaian. haha. kami panjat batu tu tinggi-tinggi sampai kat tempat yg ada tanda amaran 'Bahaya! Dilarang Masuk.' cool. terasa diri ini paling hebat. *muntah*



pak long and mak long with my beloved parents :)


balik tu kami singgah rumah mak ngah pulak. rehatkan badan. makan-makan. lepas maghrib kami pun bertolak balik Kluang. sampai-sampai rumah, makan durian then aku terus tidur. letih sangat. kaki naik kejang sebab banyak sangat berjalan. pedih oii sendi-sendi gua.


kesimpulannya, percutian nie memang best dan heaven gila walaupun dekat dan sekejap. hihi. dua hari bersama keluarga yg cukup menenangkan. thanks ayah for this wonderful holiday :')
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

assalamualaikum.

hai awak. saya dah kembali! okey, tiada siapa kisah. lamanya tak update blog. last post pun waktu birthday saya lebih kurang beberapa abad yg lalu. nampak sangat tipu kan? -.-

hari tu semangat nak update blog berkobar-kobar sangat. balik sekolah, terus tercongok depan pc, log in blogger, tekan new post dan ......... tup tup idea hilang. termenung di depan pc untuk beberapa ketika tapi idea masih belum mahu datang menjengah. hasilnya, blog tak ber-update.

oh yaaaa, saya ada edit blog sikit-sikit. sikit je. tu pun kalau perasan lah. *ehem*

baideway, sabtu lepas kakak sepupu saya kahwin tau! yeay sukanya sukanya! okay, me over. saya dan beberapa cousin yg lain jadi penyambut tetamu. tapi rasa macam penyambut tetamu paling teruk kot sebab kami sambut orang yg kami kenal je. means.. saudara terdekat. nampak tak kejamnya disitu? tak, sebenarnya kami pemalu. LOL ._. pemalulah sangat. macam mintak penyepak je.

sama cantik sama padan :D
ini antara gambar yg "kami" tangkap. sebab tu tak sharp sangat. even guna dslr pun. haha.

my cousins and adik pengantin lelaki. okay, welcome to our family ><

dia sangat tinggi okay. saya berdiri sebelah dia paras bahu dia je -.- even dah pakai heels 4 inci pun still tak dapat nak kalahkan dia lagi. hahahaha. makan kalsium jenis apa dia nie? share lah dengan kami. eh.

dalam pukul dua lebih gitu, kami cilok kejap pergi rumah kawan, ajai. kakak dia kahwin.

 
mulut kenapa nie? tu namanya belum sedia! 
jangan cakap saya suka buat mulut itik pulak. merajuk setahun nanti :|


btw, ajai yg pakai baju melayu warna biru tu. masing-masing bergambar macam kat rumah sendiri. gambar pengantin pun takde. gambar tetamu je lebih. heeeeeeeee. *tutup muka*

tajuk post nie okay kan? takde idea nak tulis tajuk apa. haha. 

saya masih dalam mood peperiksaan. ada lagi enam hari rasanya. malas nak cerita apa-apa. saya banyak careless masa paper sejarah dan saya benci ituuuuu.

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
 
happy birthday. happy birthday. happy birthday to me :)


tanggal ni genap usia aku 16 tahun. alhamdulillah. dah besar rupanya. 
lagi empat tahun dah 20 tahun ahaks. cepatnya masa berlalu. 
rasanya macam baru semalam keluar dari perut ibu. ehem. yeke?

aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi wish aku hari ni.
even orang yang aku tak pernah terfikir yang dia akan wish pun wish aku. 
rasa macam.. keajaiban dunia mungkin. you know miracle? -.-

satu perkara yang paling aku hargai ialah orang pertama yang wish aku.
aku tak sangka dan tak berharap pun untuk dia jadi yang pertama..
who? adalah. rahsia alam. panjang lebar text dia. 10 pages dowh. HAHA.

sebelum balik tadi, budak kelas nyanyikan lagu happy birthday
and rasa macam terharu gilaa. nasib baik tak ternangis jek tadi. LOL.
habis nyanyi, kena simbah air. memang best lah. habis lencun baju aku T^T

serious terharu sangat.. bila ramai yang ingat birthday aku.
walaupun tanpa bantuan facebook. hiwhiw. itu paling penting yeee.


okay, siap.


aku harap kehidupan aku lepas ni akan jadi lebih baik. amin.
semoga istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan. insya'allah :')

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

hari ini dah ahad. cuti dua hari memang tak rasa langsung.
walaupun aku bercuti selama tiga hari sebab jumaat buat cuti sendiri.

hari ini jugak ada program kat taman perumahan aku.
program ramah mesra dan sukan bersama wakil rakyat. syok habis.

ada macam - macam sukan dan acara tapi satu pun aku tak masuk -,-
ingatkan hari ini nak melingkar atas katil jek sebab penat gila.
tapi sebab parents aku ajak pergi, aku pun ikut jelaaa.

sebenarnya bukan excited sangat nak tulis pasal nie pun.
cuma takde idea nak update apa tapi nak update. hehehehehe.



waktu ini ada demonstrasi penangkapan ular by jpam.
aku memang suka gila kat ular so aku tengok paling dekat punya. haha.

then dia ada panggil untuk siapa yang nak cuba tangkap ular.
aku excited gila. aku nak pergi sangat tapi aku takut.
aku imagine ular tu akan mengganas dan membelit. #final destination. haha.

acara tarik upih. keh keh keh. kesian makcik tu tertonggeng ._.


actually, semua acara aku ada snap gambar. 
tapi malas nak upload sebab kualiti gambar yang macam hehehe sikit.
biasa. pakai handphone baling anjing je. kita takde dslr mcm awak. ahaks xD

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

3 hari yg sungguh sibuk.

Hari Jumaat lepas, atok saya sebelah ibu meninggal dunia. Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Tuhan. Pagi Jumaat tu, semuanya berjalan seperti biasa. Cuma atok dah mula taknak makan, taknak minum. Ibu dengan nenek suap apa pun, semua dia tolak. Tengahari tu, ayah panggil ambulans sebab keadaan atok yg nampak tenat sangat. Atok menghembuskan nafas terakhirnya dalam ambulans, disamping isteri yg dikasihi. 


"Atok jaga diri baik - baik kat sana. Kita akan selalu tengok atok. Kita sayang atok.."


Al-Fatihah. Semoga atok ditempatkan di kalangan orang - orang yg beriman. Amin.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Hari ketiga sekolah sudah timbul satu perasaan yg sangat annoying. Entah kenapa saya pun tak tahu. Dan tak ingin pun nak tahu kalau boleh. Hari ini jugak pelajar tingkatan empat dapat kelas. Serius saat itu, saat - saat yg mendebarkan. Lebih mendebarkan daripada waktu nak ambil keputusan PMR dulu. Okey over ._.

Saya dah putuskan untuk pilih Sains Akaun. Saya tak nak biologi. Saya tak boleh jadi doktor. Saya pening tengok darah. Saya tak nak belah katak. Saya benci katak. Dan hari ini saya dapat kelas 4 Sains Akaun 1. And guess what? Kawan - kawan yg sekepala dengan saya semua dapat kelas yg sama. Mihihihi.

Syukurlah. At least saya takkan jadi macam rusa masuk kampung.

Tapi serius. Saya tak suka kelas nih. Bosan. Suram. Tak ceria. Saya rindu kelas saya yg dulu. Saya rindu 3 RK1. Saya rindu budak - budak kelas tuh. Saya rindu keceriaan yg dulu. Hmmmmm.

Saya rindu.
Saya rindu.
Saya rindu.

K takde mood. Babai.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Diari Februari #3.
  • Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova
  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Review movie : The Finest Hours
  • Diari Februari #2.

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates