• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum.

Okey, saya sangat speechless dan tak tahu nak cakap apa :')
Cuma saya rasa sangat gembira sebab saya dah berjaya dapat apa yg saya nak.
Straight A's now in my hand. Weheeee. Speechless kejap. Ngehngeh.

Syukur alhamdulillah :D

Tahniah diucapkan kepada diri sendiri dan juga kepada semua kawan - kawan saya
yg berjaya dapat straight A's. Korang the best! Yeahhh, we are the best >,<

Jumpa lagi tahun depan, sumpah rindu korang :')

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Assalamualaikum.

Okey, straight to the point lah. Korang mesti tahu kan apa itu "hotstuff" so tak payah lah aku susah - susah nak terangkan panjang lebar lagi kan? Hewhew. Hotstuff nie kat mana - mana pun boleh. Mungkin di Twitter, Facebook atau di Blogger sendiri. 1Malaysia.com terkecuali okey. Jangan tanya aku kenapa.

Kalau di Facebook tuh yg paling banyak status and picture like tuh lah hotstuff kita. Satu status kadang - kadang sampai seribu lebih likes. Ada juga yg aku perasan sampai dua ribu lebih. Fuhhh~ 5 minit update status 158 likes. *terbeliak mata 10 minit, 439 likes. *tercekik Setengah jam, 763 likes. *sakit jantung Satu jam, 1024 likes. *mati kojol -,-"

Alhamdulillah aku masih hidup lagi. Tp serius aku tak tipu. Yg kat atas tuh aku sendiri yg buat penyelidikan. Penat tau aku refresh page banyak kali. Muehehe. Fyi, dia seorang lelaki. Okey memang handsome. Jambu lagi. Dan mungkin itu pakej yg dia ada yg melayakkan dia menjadi hotstuff di Facebook. You jelly? Haha.

Persoalannya di sini, best ke jadi hotstuff nie? Apa rasa jadi hotstuff? Setakat nie aku belum interview lagi lah mana - mana hotstuff jadi aku tak tahu. Maybe one day I will. Siapa nak aku interview dia angkat kaki. Hahaha LOL!

Tak kisah lah apa pun rasanya, tp pada pendapat aku.. Ehem! Diulangi, pendapat aku. Jadi hotstuff nie mesti tak best. *lempang lelaju Sabar sabar, aku belum habis cakap lagi nie T_T Yelaa kan, bila kita nie hotstuff, secara langsung atau tidak langsung kita akan selalu jadi perhatian orang. Apa kita buat, apa kita cakap, bahasa yg kita guna, semua benda pasal kita akan jadi "buah mulut" orang. Semua perkara akan diperhatikan.

So pada aku, macam tak best lah hidup kita. Kalau tengah marah ke apa nak mencarut kat status sikit tak boleh. Nanti orang cakap buruk pasal kita. Hidup macam dalam kawalan tau. Tak bebas nak buat apa. Ada protokol. And at last, manusia boleh jadi hipokrit. Yeah, aku memang berfikiran jauh. Maafkan sayaaa.

Konklusinya aku rasa adalah lebih baik kita jadi manusia biasa yg biasa. Eh (?) Apa yg kita buat, apa yg kita cakap, takkan selalu jadi pertikaian orang. And kita pun takkan mudah lupa diri kan? :) Bukan lah aku nak cakap yg hotstuff nie jenis lupa diri. No no no.. Tak! Cuma bila kita hanya seorang manusia biasa yg tak dikenali, kita akan lebih rasa merendah diri dan selalu berpijak di bumi nyata.

Tumblr_lwbc36ypgn1r35ggmo1_500_large

Bersyukur lah dengan apa yg kita ada sekarang. Walaupun kita tak hot, walaupun orang tak kenal kita, yg penting kita kenal siapa diri kita. Kalau ada orang tuh hot pun, let them be. Jangan dengki. Mungkin itu kelebihan dia kat dunia nih. Tp tak semestinya kalau kita tak hot, kita takde kelebihan. Setiap orang ada kelebihan dia masing - masing. Cuma antara kita sedar atau tak jeh. Just be yourself. That's better, okay? :D

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Awak awak, sy bosan lah kat rumah. Jom lah keluar tengok wayang ke kan best.
Nih asyik terperap jeh kat rumah. Otak sy dah tak berjalan dah. Muehehe.

Niat di hati nih memang rasa nak update blog tau tp sumpah takde idea.
Siapa ada idea lebih? Meh lah bagi sy sikit jangan kedekut :'(

Eh tahun depan sy dah tingkatan 4 lah! Pfftt.
Kalau tak nak naik boleh tak? Sy tak bersedia lagi lah. Hewhew.
Sy rasa cuak nk berkawan dgn kimia, biologi, fizik bagai. Macam tak biasa~
Hahahaha. Sy nak stay kat tingkatan 3 sampai bila - bila. Boleh?

Cuti - cuti sekolah macam nih rasa rindu pulak kat kawan - kawan.
Sy rindu kelas 3RK1 sy. Sy rindu pelajarnya yg tiga suku semuanya. Huahua.

164766_177637195600715_161908870506881_430644_2068329_n_large

Eh btw, tadi kecoh kat Facebook pasal isu rantai burung hantu nih.
Okey, sekarang memang trend budak - budak remaja pakai rantai nih kan?
Kalau tak pakai tuh macam tak lengkap jeh. Sy pun ada satu. Hee~ Tp jarang pakai.

Ada satu blog nih yg tulis pasal tuh. -->> Dakwat Pena
Sy tahu jugak burung hantu nih macam lambang sesuatu tp tak tahu pulak Freemason.
Kalau tahu, tak beli kot. Heh heh. So siapa yg belum baca lagi post tuh, baca lah.

Jangan pandang remeh jeh sebab ini berkaitan dengan agama kita :')
Sy nak cakap banyak - banyak pun tak boleh. So better baca sendiri okey.

Byebye semua~ Assalamualaikum ^_^

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Cinta dan rupa sering berkait rapat. Bila cerita pasal cinta, mesti ada kaitan dengan rupa. Walaupun sikit, ia tetap ada. Bukan-lah nak tunjukkan yg kita nih memilih cinta berdasarkan rupa semata, tapi dah memang lumrah. Manusia sukakan yg cantik-cantik. Ada ke manusia yg pilih selipar buruk drpd kasut yg masih elok?

Cuba-lah tanya seorang demi seorang, ada ke yg nak pasangan hidup yg tak cantik? Tak handsome? Tengok budak-budak zaman sekarang pun dah pandai, nak yg cantik, yg handsome jeh. Kita bukan memilih, cuma untuk mencari pasangan hidup, kita mesti akan pilih yg terbaik kan? Sebab kita nak tengok dia sampai akhir hayat kita. Kalau tak berapa cantik atau handsome pun, at least sedap mata memandang-lah kan?

Okey, itu mungkin pendapat aku dan mungkin sesetengah orang. Tapi masalahnya sekarang ini adalah perlu ke kita mempersoalkan tentang pilihan orang lain? Sebab setiap orang ada citarasa yg berbeza.

Aku bosan bila jalan ramai-ramai kat bandar then ternampak pasangan couple tengah jalan sama-sama pegang tangan or tak kisah-lah tengah buat apa pun. Lepas tu tiba-tiba aku dengar ayat-ayat macam ini..


"Cuba kau tengok tuh. Handsome siot lelaki tuh. Tp awek dia muka macam minah indon."


*telan air liur

Atau mungkin ayat macam ini..


"Lawa-lah perempuan tuh. Tp kesiannya. Pakwe dia muka macam pecah pintu jeee."



Aku tak faham. Sungguh aku tak faham. Siapa kita nak mempersoalkan girlfriend atau boyfriend orang lain? Ayah dia ke? Mak dia ke? Bukan. Malah jauh sekali. Jadi kenapa perlu nak burukkan orang lain?

Tak kisah-lah muka macam minah indon ke, muka pecah pintu ke, itu kan pilihan dia. Dah sayang, nak buat macam mana kan. Dia tak susahkan kita pun. So buat apa kita nak sibuk? Atau pun kau cemburu sebab mereka sweet? Kau tak? Ataupun kau memang forever alone? Hahaha.

Sentap kan bila kawan kita sendiri kutuk dan merendah-rendahkan boyfriend atau girlfriend kita? Ye mungkin boyfriend aku tak se-handsome boyfriend kau. Tak se-jambu boyfriend kau. Tp ada kami susahkan hidup kau ke? Sejujurnya, aku rasa tak kot. So lebih baik kau diam je.

Untuk apa nak bangga ada boyfriend handsome tp tak setia? Curang sana sini. Skandal keliling pinggang? Untuk apa? Untuk apa nak batak yg boyfriend kau kaya ada kereta tiga biji, rumah banglo 5 tingkat tp dia tak pernah bagi apa-apa pun pada kau? Untuk apa?


*senyum


"Buat apa dicerita, bahagia kita rasa.. Biar tak dipercaya, peduli orang kata.."


Persetankan kata orang! Siapa pun pilihan hati kita, yg penting kita bahagia. Rupa tak menjamin kebahagiaan. Keikhlasan dan kejujuran yg paling penting dalam sebuah hubungan :)

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Ehem,

Pernah tak mengalami situasi macam ini?

Awak menyesal sebab lepaskan seseorang yang pernah sayang awak dulu dan sekarang dia bahagia dengan orang lain. Dan dalam masa yang sama, awak masih sayangkan dia tapi sebab awak tahu dia dah ada orang lain, jadi awak simpan perasaan tuh dalam hati dan awak seorang saja yang tahu apa yang awak rasa?

Okey, semput.

Kita manusia, tak lepas dari kesilapan. Mungkin dulu, sebelum kita betul-betul kenal dia, kita rasa dia belum cukup baik untuk kita. Kita ego. Kita tak nak kenal dia dengan lebih mendalam dulu tapi awal-awal kita dah reject dia. Kejam bukan? Tapi itulah kenyataannya. Manusia selalu bertindak begitu sebab dia rasa dia dah bagus sangat. Awak tak rasa awak macam tuh? Okey, saya memang tak cakap awak pun.

Dan sekarang, bila kita dah cukup mengenali dia, luar dan dalam, kita jadi sayang pada dia. Tapi kita tahu dia dah ada orang lain yang dia sayang. Dan orang itu bukan kita. Mungkin agak menyakitkan, tapi itulah kenyataannya. Kadang-kadang rasa menyesal dengan apa yang dah berlaku, tapi kita cuma manusia biasa. Kita takde kuasa nak putar balik masa dan terima dia waktu dia "propose" kita dulu. Kalau kita ni Doraemon takpe jugak, boleh-lah kita guna mesin masa untuk kembali ke masa silam, kan kan? Malangnya, kita bukan Doraemon makhluk debab berwarna biru yang takut tikus tuh. Eeeeuuu, saya pun takut tikus -.-"

Okey, balik kepada topik asal.

Kadang-kadang hati syaitan macam berbisik-bisik jeh suruh kita buat apa yang kita tak nak buat. Sebagai analoginya, mungkin kita akan buat sesuatu yang jahat untuk dapatkan dia balik. Pehhh, kejam. Tapi alhamdulillah, saya tak pernah ada niat nak buat macam tuh. Setiap apa yang saya buat, saya masih fikir tentang satu hati yang perlu saya jaga. Ya, masih ada hati yang perlu saya jaga. Bukan apa, sekali hilang dia cukup-lah saya tak nak hilang dia lagi. Tak kisah-lah mungkin sekarang kami cuma kawan, tapi saya bahagia :') Ye, kami cuma kawan. Tolong jangan salah faham ^^

Cuma satu benda saya nak cakap, kalau ada orang yang sayang kita, bersungguh-sungguh dengan kita, jangan sia-siakan dia, kalau kita tak boleh terima dia on the spot pun at least bagi dia peluang untuk buktikan yang dia betul-betul sayang kita. Bagi dia masa. Kalau dia tak gunakan masa dan peluang yang kita bagi dengan baik, okey then just move on. Dia memang tak layak untuk kita. Tak payah buang masa lagi. Sebab mungkin dia cuma jenis manusia yang sweet-talker. Manis di bibir saja tapi hampeh! Apa pun tarak. Sweet-talker macam tuh layak direjam jeh sampai mati. Haha. Kerja nak mainkan hati orang jeh kan buat apa hidup :3

Jangan pernah memberi harapan andai hanya ingin menyakitkan :')

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Hey hey, semalam saya hang-out dengan Black Skylark tersayang :))

Lama tak hang sesama kan kan? Selalunya kalau hang pun jarang semua ada.
Tp semalam enam - enam ada. Best sangat - sangat - sangat.
Mula - mula ingatkan nak tengok cerita Klip 3gp but then tukar Al-Hijjab.
Ceritanya takde-lah seram sangat tp okey-lah. Banyak scene yg mengejutkan.
Saya bagi 4/5. Siapa belum tengok, pergi tengok. Masih ada saya rasa :')

 
Farah suap birthday boy yg manja gila nih. HAHA :D


Yeah, best sangat harinie. Saya berjaya lupakan "dia" sekejap. Ye, sekejap.
Terima kasih kepada semua yg temankan saya keluar harinie. Lainkali keluar lagi tau.


Sayang korunk, bye ♥

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dua kertas lagi dan PMR akan berakhir. Yihaaaa. 
Inilah masa yg ditunggu - tunggu. Hahaha.
Tiga hari pertama exam agak okay-lah tp semalam paper Sejarah sangat sakai -,-"

Saya tak tahu apa nak cakap, tp pada saya susah sangat :'(
Dan rambut saya dah hampir botak akibat keguguran yg melampau semalam.
Isnin minggu depan kertas Mathematics dengan Kemahiran Hidup. 
Takut nih, takut nih. Nampak tak? Wooo.

So kepada calon PMR 2011, good luck untuk yg kesekian kali-nya. Hihihihi.
Especially kepada the STK-rians, try to grab the other two A's okay. Insya'Allah :')


. . . . .

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Diari Februari #3.
  • Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova
  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Review movie : The Finest Hours
  • Diari Februari #2.

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates