• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Ehem,

Pernah tak mengalami situasi macam ini?

Awak menyesal sebab lepaskan seseorang yang pernah sayang awak dulu dan sekarang dia bahagia dengan orang lain. Dan dalam masa yang sama, awak masih sayangkan dia tapi sebab awak tahu dia dah ada orang lain, jadi awak simpan perasaan tuh dalam hati dan awak seorang saja yang tahu apa yang awak rasa?

Okey, semput.

Kita manusia, tak lepas dari kesilapan. Mungkin dulu, sebelum kita betul-betul kenal dia, kita rasa dia belum cukup baik untuk kita. Kita ego. Kita tak nak kenal dia dengan lebih mendalam dulu tapi awal-awal kita dah reject dia. Kejam bukan? Tapi itulah kenyataannya. Manusia selalu bertindak begitu sebab dia rasa dia dah bagus sangat. Awak tak rasa awak macam tuh? Okey, saya memang tak cakap awak pun.

Dan sekarang, bila kita dah cukup mengenali dia, luar dan dalam, kita jadi sayang pada dia. Tapi kita tahu dia dah ada orang lain yang dia sayang. Dan orang itu bukan kita. Mungkin agak menyakitkan, tapi itulah kenyataannya. Kadang-kadang rasa menyesal dengan apa yang dah berlaku, tapi kita cuma manusia biasa. Kita takde kuasa nak putar balik masa dan terima dia waktu dia "propose" kita dulu. Kalau kita ni Doraemon takpe jugak, boleh-lah kita guna mesin masa untuk kembali ke masa silam, kan kan? Malangnya, kita bukan Doraemon makhluk debab berwarna biru yang takut tikus tuh. Eeeeuuu, saya pun takut tikus -.-"

Okey, balik kepada topik asal.

Kadang-kadang hati syaitan macam berbisik-bisik jeh suruh kita buat apa yang kita tak nak buat. Sebagai analoginya, mungkin kita akan buat sesuatu yang jahat untuk dapatkan dia balik. Pehhh, kejam. Tapi alhamdulillah, saya tak pernah ada niat nak buat macam tuh. Setiap apa yang saya buat, saya masih fikir tentang satu hati yang perlu saya jaga. Ya, masih ada hati yang perlu saya jaga. Bukan apa, sekali hilang dia cukup-lah saya tak nak hilang dia lagi. Tak kisah-lah mungkin sekarang kami cuma kawan, tapi saya bahagia :') Ye, kami cuma kawan. Tolong jangan salah faham ^^

Cuma satu benda saya nak cakap, kalau ada orang yang sayang kita, bersungguh-sungguh dengan kita, jangan sia-siakan dia, kalau kita tak boleh terima dia on the spot pun at least bagi dia peluang untuk buktikan yang dia betul-betul sayang kita. Bagi dia masa. Kalau dia tak gunakan masa dan peluang yang kita bagi dengan baik, okey then just move on. Dia memang tak layak untuk kita. Tak payah buang masa lagi. Sebab mungkin dia cuma jenis manusia yang sweet-talker. Manis di bibir saja tapi hampeh! Apa pun tarak. Sweet-talker macam tuh layak direjam jeh sampai mati. Haha. Kerja nak mainkan hati orang jeh kan buat apa hidup :3

Jangan pernah memberi harapan andai hanya ingin menyakitkan :')

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Hey hey, semalam saya hang-out dengan Black Skylark tersayang :))

Lama tak hang sesama kan kan? Selalunya kalau hang pun jarang semua ada.
Tp semalam enam - enam ada. Best sangat - sangat - sangat.
Mula - mula ingatkan nak tengok cerita Klip 3gp but then tukar Al-Hijjab.
Ceritanya takde-lah seram sangat tp okey-lah. Banyak scene yg mengejutkan.
Saya bagi 4/5. Siapa belum tengok, pergi tengok. Masih ada saya rasa :')

 
Farah suap birthday boy yg manja gila nih. HAHA :D


Yeah, best sangat harinie. Saya berjaya lupakan "dia" sekejap. Ye, sekejap.
Terima kasih kepada semua yg temankan saya keluar harinie. Lainkali keluar lagi tau.


Sayang korunk, bye ♥

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dua kertas lagi dan PMR akan berakhir. Yihaaaa. 
Inilah masa yg ditunggu - tunggu. Hahaha.
Tiga hari pertama exam agak okay-lah tp semalam paper Sejarah sangat sakai -,-"

Saya tak tahu apa nak cakap, tp pada saya susah sangat :'(
Dan rambut saya dah hampir botak akibat keguguran yg melampau semalam.
Isnin minggu depan kertas Mathematics dengan Kemahiran Hidup. 
Takut nih, takut nih. Nampak tak? Wooo.

So kepada calon PMR 2011, good luck untuk yg kesekian kali-nya. Hihihihi.
Especially kepada the STK-rians, try to grab the other two A's okay. Insya'Allah :')


. . . . .

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Fuhhh. Blog saya dah berhabuk.
Nak buat macam mana, dah lama tak hantar servis.
Setiap hari saya bukak blog saya, tapi saya tak tahu apa nak tulis. Blur o.O

Cemburu jugak tengok kawan-2 yang setiap hari update blog.
Tak tahu-lah dari lombong bijih timah mana dyeowg dapat idea nak update.
Tak macam saya, teruk! Otak kosong jeh. Apa pun tak boleh kan kan.

PMR semakin menghampiri. Lagi 5 hari jeh. Ahhhhh.
Rasa nak menjerit sampai hilang suara dan anak cucu tekak.
Saya tak tahu apa yang saya rasa. Takut. Excited. Gemuruh. Happy. Entah.
Ada sesiapa tahu perasaan saya sekarang? Come on baby, tell me -,-"

Saya tak nak tulis banyak sebab by hook or by crook, hari ini saya kena belajar.
Sejarah dan Pendidikan Islam, masih banyak fakta yang perlu saya hafal.
Matematik, masih banyak formula yang perlu saya ingat.
Dan, macam - macam lagi benda. Saya belum mula. Teruk. Sangat teruk :|

Saya takut. Tapi saya langsung tak bersedia.
Give me some motivation, please?



Sebelum saya terlupa, saya nak mintak maaf kalau saya ada buat salah.
Especially kepada ibu dan ayah, cikgu - cikgu, kawan - kawan.
Saya banyak buat salah. Manusia tak terlepas dari kesilapan kan kan ;p
Halalkan makan minum saya, halalkan ilmu dan halalkan-lah segala - galanya.

Doakan yang terbaik untuk PMR saya :')
Kepada rakan - rakan seperjuangan saya, semoga kita sama - sama berjaya.
Insya'Allah. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kita semua >,<


I'm the best. You're the best. We're the best! :D

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Assalamualaikum. Okay. Harinie dengan rasminya aku dah habis periksa trial PMR 2011. Suka suka suka. Boleh online setiap hari. Ceh eleh. Time periksa pun setiap hari jugak aku online. Cuma sekejap-2 jeh lah. Hehe.

Yang form 3 nih okay tak trial? Hehe. Pada aku, ada yang okay. Ada yang tak okay. Ada yang senang. Ada yang time aku jawab tuh rasa macam nak cekik-2 jeh diri sendiri grr. Biasa lah tuh kan nama pun periksa kalau semua senang baik tak payah periksa. Betul tak? Jawablah betul. Huhuhuhu.

Pejam celik pejam celik dah 19 hari kita berpuasa. Fuhhh, kejap jeh kan? Macam tak rasa jeh. Hehehe tipu --' Yelaa, kadang-2 aku rasa macam tak puasa pun ada. Mungkin dalam ketidaksedaran aku ada terminum kot. Termakan ke ....? Sebab tuh lah tak rasa macam puasa. Ter- tau. Tak batal kan? Hekhek.

So, macam mana dengan persiapan raya korang? Mesti semua dah complete kan --' Aku baru beli baju kurung jeh tau hahaha. Macam taknak raya lah tahun nih boleh tak macam tuh? Hoho. Lepas raya dah PMR. Johor confirm raya sebulan. Ke laut aku nanti. Terlupa pulak nak belajar. Tiap hari bantai kuih raya jeh. Hehehe :p

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Tumblr_lon3eaofjn1qgv6e9o1_500_large

Assalamualaikum.

Actually, aku update nie just nak ucap Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Hehehe :D Aku tahu dah satu hari berlalu. Aku kan memang suka lambat-2. Ada sesiapa yg tak puas hati? HAHA.

Amacam harinie? Ada yg dah ponteng tak? Okay teruk lah baru hari pertama dah ponteng kan. Kecuali kalau ada sebab-2 tertentu yg tak boleh dielakkan tuh takpelah. Aku faham ^^

By the way, ada yg dah tak sabar nak raya ke? Bangun bangun! Baru satu hari puasa okay. Jangan nak excited sangat okay. Nie aku tengok dekat facebook semua buat status macam harinie dah ramadhan ke 29 jeeeee. Kalau ye pun, logik lah sikit. Hehehehe. Nanti puasa ke mana, raya ke mana. Sila bertenang ye.

And and.. Aku bukan nak cakap apalah kan. Cuma, dalam bulan yg mulia nie, bersederhanalah sikit. Jangan membazir. Jangan ikut nafsu. Aku faham, satu hari dah korang tak makan. Tp tak perlu kot nak makan banyak-2 time buka. Kononnya nak balas dendam lah sebab satu hari tak dapat makan. Lepastuh sibuk masing-2 nak tulis status kat facebook yg korang buka makan nasi ayam, lontong, soto, ayam kfc 2 ketul, sate 15 cocok, laksa johor, fresh oren, cincau sejuk, abc apa semua. LOL. Masalahnya, siapa tanya? ._.

Kita puasa nie nak mengajar diri kita, kawal nafsu, bukan setakat nafsu makan, tp macam-2 jenis nafsu lagi. Aku bukanlah nak tunjuk baik ke apa, cuma sebagai manusia, kita kena saling mengingatkan, iye tak? ~_~" Kalau ada sesiapa yg tak puas hati dengan apa yg aku tulis. Meh inbox aku, raya nanti aku mintak maaf. Okay? HAHA :')

Trial lagi dua minggu.
Do pray for me guys! :') Take care ♥
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hey hey hello world :D

Harinie kat sekolah best sangat. Student dari Bandung dah nak balik.
Esok hari last dyowg kat Malaysia. So rasa macam sedih pulak dyowg nak balik.
Dah 10 hari dengan dyowg. Walaupun tak berapa rapat, tapi kemesraan itu ada.
Dan aku suka sangat, sebab dyowg cool, dyowg comel, dyowg sweet :'D

Tadi dyowg nyanyi banyak lagu. Lagu sekolah dyowg pun dyowg nyanyi.
Kteowg dengar jelaa sambil tepuk tangan. Cool gila sebab dyowg sportinggg.
Aku tahu lah, yelaa kan kat Indonesia hari-2 konsert dowh. HAHA lol =,='
Rasa macam tak nak bagi dyowg balik lah, boleh tak? Tinggal sini lagi sebulan.
Nguahaha. Confirm melalak budak-2 tuh nak balik, HAHA kesian grr grr.

Dah, gua ketandusan idea nak tulis apa. huk huk ~_~'
Esok-2 lah aku update lagi itu pun kalau ada masa lah kan yelaa aku
sekarang busy sikit al-maklum lah aku kan bussinesswoman jual itu jual ini
macam-2 lah aku jual hehehe maruah jea tak eh, cakap baik sikit --'

KOTAK HATI auw ♥
Byebye budak Bandung (eh boleh eh gitu)
I mean goodbye students from SMPN 2 Bandung, Indonesia.
Jangan lupakan kami. Jangan lupakan segala kekecohan, kenakalan
dan kegatalan pelajar-2 STK okay HAHAHAHA -,-'
Jaga diri baik-2, hidup bahagia selalu lalala merepek sudah. kbai.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Diari Februari #3.
  • Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova
  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Review movie : The Finest Hours
  • Diari Februari #2.

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates