Pinterest

About me


Assalamualaikum.

Nama diberi Syafiqah, of course nama sebenar panjang lagi tapi panggil Fieyqa jelah for short. Hehe. Berumur 20 tahun (2016). Muda kan? Huhuhu. Hak milik kekal ibu dan ayah :D

Aku mula berblogging pada tahun 2010 masa umur aku 14 tahun. Sebenarnya dah berminat nak ada blog sendiri semenjak tamat sekolah rendah tapi tak reti nak buat so tangguhlah dulu. Dua tahun kemudian barulah berjinak-jinak pi tekan button sign up maka terhasillah blog ini. *tepuk tangan* 

URL pertama yang aku gunakan ialah eika-emilythestrange.blospot.com. Kenapa eika? Kenapa emily? Bagus soalan tu. Sebab dulu sakai sangat tak tahulah kenapa. Fyi, masa aku kecik-kecik aku sangat gilakan Emily The Strange. Tu yang terbawa-bawa sampai URL blog. Haha. Tapi zaman tu blog aku ni blog picisan je. Entri entah apa-apa je. Masa tu tak ada kawan blogger lagi. Follower pun tak sampai seratus T_T Sedih kan...

Lepas tu aku tukar kepada strawberryfieqa.blogspot.com. Mesti korang cakap, strawberry pulak dah. Hahaha. Sebab apa strawberry? Sebab aku suka strawberry. Dan dan masa tu nak purse strawberry, kotak pensil strawberry, buku nota gambar strawberry. Senang cerita semua nak strawberry-lah. Masa zaman tu aku dikenali sebagai Fieqa Strawberry. Jangan gelak. Kawan dah start ramai sikit sebab aku banyak buat tutorial blog dalam blog ni. Bila aku rasa rimas, aku asingkan tutorial dalam blog lain khas untuk tutorial. Sebab tu aku ada banyak blog. Namun begitu, dengan rasminya blog itu telah di-delete pada 26 November 2015 yang lalu.

Dan akhirnya, sebab rasa dah matang sikit *eceh* aku pun tukarlah URL blog ni kepada yang sekarang ni. Fikir 84937 kali jugak nak tukar sebab once kita tukar URL blog, followers kita tak akan jumpa blog kita kan. Tapi tukar jugak sebab nak perubahan, maka hilanglah readers yang dulu-dulu. Huhu. La tahzan :p

Sekarang ni aku pun confused page ni about me ke about this blog. Haha. Tak kisahlah.

Aku tak sombong pun. Tegur je. I don't bite :3 Kalau nak kenal lebih lanjut, add je Facebook aku atau tegur aku kat Twitter. In shaa Allah aku reply. Orang selalu ingat aku sombong hmm tapi sebenarnya tak pun. Don't worry. Lastly, terima kasih kepada followers yang setia dan readers yang sudi singgah blog aku :)



Much love, Fieyqa 

3 comments:

  1. well hello there syafiqah hahah! sorry im such a creepy hihi

    ReplyDelete
  2. anis pun macam tu gak , dah bnyk kali tukar URL blog , dan skrg pun rasa mcm nak tukar ja lagi :(

    ReplyDelete
  3. rasa macam nak tukar jeee url blog gak... hahaha

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.