Pinterest

Saturday, February 25, 2017

Dah kenapa pulak dengan Whatsapp ni?

Assalamualaikum.

Haa, korang perasan tak update Whatsapp yang terbaru ni? Aku tak berkenan betullah. Hahaha. Apa pasal semua nak sama macam Snapchat ni. Dari Instagram, lepas tu Facebook sekarang ni Whatsapp pulak. Alahai. Jujurnya, dari awal lagi aku paling suka aplikasi Whatsapp sebab sangat ringkas, mudah dan convenient. Malangnya, bila ada update baru ni rasa macam rimas pulak. Aku lebih prefer status macam dulu je.

Tak pun bukan ke lebih bagus kalau kita diberi kesempatan untuk membuat pilihan sama ada nak update tak. Ini tidak. Pagi-pagi bukak Whatsapp tengok dah berubah dengan sendirinya. Magik. Haha.. kelakar kan.




Kalau aku tengok di Playstore tu memang ramai yang mengadu tak suka dengan latest update Whatsapp ni. Yelah orang nak yang mudah je, yang ringan. Tak makan space banyak. Ini kalau dah ada macam-macam feature macam ni dah tentulah saiz fail dia pun makin besar. Membazir memory handphone je nanti -_-

Aku punya tahap tak berkenan tu sampai gigih aku email through Playstore konon-konon nak mengadulah yang aku tak suka diorang punya latest update. Hahaha poyo kan. Tapi balasan yang aku dapat macam errr... ke diorang memang tak ada masa nak layan aku hahahaha sedihnya hidup ini T_T

Pendapat korang pulak macam mana? Okey ke Whatsapp punya latest update ni pada korang?

28 comments:

  1. Mungkin mula2 je tu tak best. Kita ni tak biasa dengan perubahan. Resistance to change orang kata. Antara sebab whatsapps buat feature macam ni sebab tak nak kalah dengan pesaing mereka snapchat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin. haha. tapi sebab dah banyak apps lain yg ada feature yg sama so macam dah jemu.

      Delete
  2. sy punya belum update lagi hahaha nasib baik. dah mcm social media pulak dah padahal sebelum ni punya okay je asal diorang update buat macam tu pulak T_T maybe fieyqa punya update scara automatic kot,try tukar setting

    ReplyDelete
    Replies
    1. fieyqa memang setting do not auto update. bila check kat playstore pun masih ada button "update" sebab memang tak update lagi -_- tak tahulah kenapa boleh jadi macam tu. sedih betul. haha.

      Delete
  3. mcm mengarut betul yg update nii,takde sapa pun kot nak tgok status byk2 dkt wasep -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah, tak ada masa pun nak tengok setiap sorang punya status.

      Delete
  4. Nasib baik tak update. Hahahahahaha... Bila dapat tau daripada makcik kite semalam wasep pun dah macam instastory mory, lagi lah kite taknak update. Biarkan, biarkan... Hahahahahaha adehhh. Dah tak best, dah annoying. ๐Ÿ˜“

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa macam tuuuuuuuu :'''''''''') fieyqa pun takde update tapi tiba-tiba dah macam tu.

      Delete
  5. Tak nak buat ws story sebab kaum kerabat tengok malu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe. huhuhu. terfikir jugak macam tu --"

      Delete
  6. Wstsap saya tak ada perubahan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah kenapa jadi macam tu. in my family pun ibu and adik punya still sama -_-

      Delete
  7. sangatlah tidak suka!!!! setuju dengan fieyqa... lebih suka tengok status tulisan...sekarang ni semua benda nak gambar...nyampah giler! sudahnya xde org pun rajin nak update status kat whatapps setiap hari...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tapi nasib baik latest update dah ada semula status lama. haha.

      Delete
  8. Akak punya dia tak update pun sebab line slow.. Haha

    ReplyDelete
  9. Mmm... saya tak kisah sangat pasal update WhatsApp nie pun... guna WhatsApp nie sekadar message je...๐Ÿค—๐Ÿ˜Ž kalau tak nak app automatic update, boleh je set kat phone bahagian application manager tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak auto update pun. tak tahu kenapa jadi macam tu.

      Delete
  10. sy pun kena sis...huhu..geram gak...

    btw cantik blog sis....:)

    ReplyDelete
  11. wahhh i just knew.. i'd better not update my whatsapp then xD

    ReplyDelete
  12. nasib baik belum update. betul tu pasal yg nak jimat space :D

    ReplyDelete
  13. saya ignore je status whatsapp tu... malas nak layan. serabut pun ada hahaha

    ReplyDelete
  14. Mula2 memang stress tengok story ni. tapi lama-lama macam tak pernah buka pun tab story dekat whatsapp tu haha. sebelum ni pun memang jarang tengok orang punya status. so takda effect sangat la.

    ReplyDelete
  15. sy x update lg ๐Ÿ˜ jd whatsapp masih seperti dulu ๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete
  16. Sejujurnya, Beeha pun tak suka juga whatsapp ada status bagai ni. Dah tak professional dah rasa dan tak lain dr lain. Baik tak payah ada whatsapp kalau semua nak buat jadi snapchat.

    ReplyDelete
  17. tak sukaaa. seriously tak best. semua nak ada story payah lah mcm ni. haha

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.