Pinterest

Thursday, December 31, 2015

Nombor bertuah Segmen Bloglist #1.


Assalamualaikum.

Hampir pukul 8 malam, maka dengan ini tamatlah sudah Segmen Bloglist #1 saya. Terima kasih kepada 54 orang blogger yang join. Terharu tau. Mihmih. Ada rezeki nanti in shaa Allah aku buat giveaway pulak :)

Baiklah.. jom kita tengok 10 nombor yang bertuah hehehe. *drum roll*

Boleh cek pemilik setiap nombor kat sini -> Senarai Peserta. Hehe. 

Terima kasih random.org. Aku perasan random.org ni suka cabut nombor yang dekat-dekatlah. Haha. 

Kalau ikutkan, aku buat bloglist ni untuk bulan Januari hingga Mac 2016, tapi kalau aku rasa busy sangat sampai tak ada masa nak buat segmen baru, aku biarkan jelah kot sepanjang tahun. Korang rajin-rajinlah blogwalking ye. Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi join :) Take care uols x

Hari yang tak berapa nak ceria :I



Assalamualaikum.

Beberapa hari ni aku busy (banyak) sampai tak sempat nak update blog. Aku sempat buka blog update senarai peserta segmen bloglist je. Nak blogwalking memang tak ada masa. Dah 4 hari straight keluar rumah atas macam-macam urusan. Pergi hospital, pergi beli barang dapur, pergi sekolah beli buku, pergi kedai telefon.

Aku tengah bengang sebenarnya ni sebab LCD handphone aku rosak. Huhuhu. Hari tu dah hantar repair kat kedai, lepas tu balik rumah rasa macam entah apa-apa punya lcd je dia bagi aku. Dengan skrin tak sensitif. Back button pun kadang-kadang macam nak ajak bergaduh. Dahlah bayar mahal. Dulu pernah jugak tukar lcd tapi 200 lebih je, kali ni.. ergh. Kalau elok tak apa jugak, ni macam #@%&*#. Sakitnya hati T_T

By the way, mungkin petang ni aku akan tamatkan segmen ni since aku memerlukan sedikit masa nak undi nombor dan update bloglist baru. Hehehe. Esok dah tahun baru! Tapi rasa macam tak ada mood pulak :'/

Saturday, December 26, 2015

Senarai Peserta Segmen Bloglist #1 :)


Assalamualaikum.

Hari ni Fiqa just nak update senarai peserta Segmen Bloglist. Terima kasih sebab sudi join :)
Fiqa dah list kan dengan number sekali so korang bolehlah start blogwalking ye. Hehe.


  1. http://koxtau.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  2. http://greennyworldland.blogspot.com/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  3. http://izyanyancinnamon.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  4. http://beehaazman19.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  5. http://bluechoralpearl.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  6. http://cikpinky2704.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  7. http://littlesnorlax.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  8. http://wanitadisebaliktopeng.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  9. http://jombercontest.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  10. http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  11. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  12. http://twittykingdom.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  13. http://fardiyah.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  14. http://crystalviolent.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  15. http://adrianaawing25.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  16. http://gadisgenits.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  17. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  18. http://fakmal0.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  19. http://yuhaadie.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  20. http://ailya-saffaa.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  21. http://belogbudakoktober.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  22. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  23. http://theonlygirl98.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  24. http://glitterywanderlust.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  25. http://blognabihah.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  26. http://dyyss.blogspot.com/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  27. http://ohhffly.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieqa-adelova.html
  28. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  29. http://mehhhwhatever.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  30. http://thecyclazey.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  31. http://itsnumigx.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  32. http://ash-tsukidate.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  33. http://machrysanthemumtea.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  34. http://missanisnabilah.blogspot.com/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  35. http://ukhti-ninja.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  36. http://franntsh.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  37. http://sebabakusabrina.blogspot.com/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  38. http://nurfarizahslife.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  39. http://fiazdiary.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  40. http://garaeki.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  41. http://tomodachilavendra.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  42. http://nhyshazh0niee.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  43. http://boladuri.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  44. http://akhalilah.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieqa-adelova_29.html
  45. http://misspurple17.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  46. http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  47. http://zianaeunos.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  48. http://ucingkadayan.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  49. http://itsmelyya.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova_29.html
  50. http://www.aimisyahirah.com/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  51. http://budakgemukberbicara.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  52. http://cahayakukasih.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  53. http://beautifulofiman.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
  54. http://www.syahidahfadilah.com/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html

Click+ctrl kalau nak buka link di new tab ^^

Senarai peserta akan di-update dari masa ke semasa kalau masih ada yang join sebelum segmen tamat :)

Wednesday, December 23, 2015

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova

UPDATE 1/1/16 : SEGMEN DAH TAMAT YE :)

Assalamualaikum.

Malam ni tiba-tiba aku dapat ilham nak buat segmen. Dah lama tak buat, tak tahulah ada ke tak orang nak join nanti. Huhu. Kalau korang tengok blog aku, tak ada bloglist kan? Hmmm, aku bukan tak nak letak tapi tak tahu nak letak blog siapa. Boleh terima tak alasan tu? Haha. Dulu ada letak juga, tapi sejak aku aktif berblogging balik, aku tengok banyak blog yang aku letak dalam bloglist aku dah tak wujud dan tak boleh buka (private) *nampak sangat dah bertahun tinggalkan blog lol* jadi aku decide untuk remove widget tu.

Tapi malam ni aku rasa nak wujudkan balik bloglist tu. Senang sikit korang nak blogwalking. Aku nak letak 10 blog dalam bloglist aku. Kalau yang join bawah 10 orang, aku masukkan semualah. Haha. Hmm sedih.

Pemilihan akan dibuat dengan bantuan random.org untuk memastikan ia adil dan saksama. Hehe.

Mohon jangan bash sebab banner buruk gila. Banner lima-minit-siap je ni T_T


Syarat-syaratnya :

  • Follow blog Fieyqa Adelova. Blog nilah. Hehe.
  • Buat satu entri bertajuk "Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova"
  • Letakkan banner kat atas ni dan harus backlink ke entri ini.
  • Tag minimum seorang rakan blogger dan pastikan dia tahu ye.
  • Settle semua, jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruangan komen.


Senang kan?

Segmen tamat sebelum masuk tahun baru 2016. Hehe. Joinlah ramai-ramai ye :)

Tuesday, December 22, 2015

Cerita tentang seorang blogger yang lonely...


Assalamualaikum.

Hari ni aku saja jelah nak buat entry luahan perasaan. Masa mula-mula aku start berblogging, matlamat aku satu je, sebab nak buat blog ni macam diari online, tempat yang aku boleh cerita semua perkara yang berlaku dalam hidup aku. Bukan semualah, mungkin sebahagian daripadanya yang boleh dikongsi.

Tapi hari tu, aku tengok satu filem mat saleh. Cerita pasal seorang gadis tu, she's a blogger. A mysterious blogger, dia tak pernah dedah siapa dia. Setiap post yang dia publish, semuanya kisah hidup dia, cuma dia akan tukar beberapa details dan nama-nama watak supaya orang tak akan tahu siapa sebenarnya dia.

Pada pengakhiran cerita tu, dia stop blogging. She said she wants to live her life, like... "really live", without having to describe everything she does. Sebab dia rasa, bila dia berblogging, dia macam tak ada kehidupan. No life. She had too many readers and followers yang sentiasa tunggu dia update, tapi dia rasa kosong, dia tetap rasa yang dia alone. Dan dia rasa, readers blog dia pun semuanya macam lonely pigs yang sibuk nak baca cerita pasal orang lain. Aku tersentap disitu. Aku macam terfikir.. betul ke apa yang dia cakap eh (?)

I guess, we as bloggers mesti tak setuju gila dengan statement dia. Betul tak? Tapi kadang-kadang bila fikir balik macam make sense jugakkan? Ke aku seorang je yang rasa macam tu, orang lain tak pun? Huhuhu T_T

Sebenarnya aku tak pernah pun rasa yang alasan aku ada blog dan membaca blog orang lain adalah sebab aku lonely. Aku tak lonely pun. Ke aku je tak sedar yang aku ni memang kesunyian? Hahaha. Hmm. Tak adalah. Macam tak ada sebab je nak feeling-feeling lonely kan? Kehkeh.

Tah apa-apa jelah aku tengah fikir sekarang ni, ada banyak perkara yang buat aku serabut :/




p/s : Tajuk tu aku main hentam je. Tak ada kena mengena dengan cerita tu sangat pun. He.

Update! Aku tak dapat nak reveal tajuk filem atas sebab-sebab tertentu. Sorry sangat!

Friday, December 18, 2015

Foundation life : First semester.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila dok berangan tiba-tiba teringat kenangan zaman asasi. Walaupun baru dua bulan tinggalkan. Tipulah kalau tak rindu, tapi bukanlah jenis rindu 'gila' sampai meroyan menangis tu taklah. Haha.

Foundation life banyak mengajar aku kehidupan sebenar di universiti. Walaupun setahun tu tak lama mana tapi at least aku dapat banyak pengalaman. Pengalaman yang berbeza dengan yang aku alami waktu zaman persekolahan. Yang mana aku rindu nak rasa lagi. Aku tahu asasi tu kalau nak dikira baru 1/10 agaknya daripada keseluruhannya, dan aku yakin dan pasti kehidupan degree nanti mesti lebih mencabar.

Waktu pertama kali aku dapat asasi kat Kedah aku tak terkejut pun sebab aku memang dah tahu yang second intake cuma akan ditempatkan di Kedah. Jadi aku memang dah mentally and physically prepared-lah kononnya. Malangnya seminggu sebelum tarikh daftar aku dah nangis-nangis cam onggile T_T Hahaha. Biasalah first time nak duduk jauh daripada keluarga, selama ni aku memang tak pernah duduk asrama.

Minggu MDS adalah minggu yang paling menguji kesabaran. Biasalah freshie kalau baru-baru masuk mesti ada MDS. Yang paling tak tahan sebab pukul 5 pagi dah kena berkumpul, pukul 2 pagi baru dapat balik bilik semula. Paling awal pukul 1 pagi. Itu pun waktu pm tengah berhati mulia. Ada hari-hari tertentu nak dekat pukul 3 pagi baru dapat balik bilik sebab pm tak puas hati dengan kami. Hahah. Itu tak kira lagi kena jalan cepat-cepat, kalau lari kena marah tapi suruh cepat. I kenot understand. Makan pun sampai nak tercekik sebab kena cepat untuk pergi tempat lain. Kadang-kadang menyirap juga rasa nak baling pinggan kehkeh.

Tapi itulah.. MDS ni bagus sebenarnya sebab nak bagi kita kuat. Fizikal dan mental, especially. Sepanjang MDS memang busy sangat sampai tak ada masa nak homesick melalak rindu family. Bila MDS dah habis baru sedar yang MDS tu sebenarnya ciput je kalau nak dibandingkan dengan kehidupan seterusnya di universiti yang lebih tough. Waktu MDS bukan main rasa nak maki je sepanjang hari. Haha.


Ini waktu dah habis minggu MDS, rasa merdeka gila, lol. Ajak rumet jalan-jalan pusing uitm. Lepas tu tak ingat pergi mana. Gambar terpaksa diconteng sebab selekeh sangatkan. Haha. Aku ada 3 rumet sebab satu bilik 4 orang. Tapi masa ni yang lagi sorang tu balik Penang rumah dia, jadi tak adalah dalam gambar.

Sem satu ialah sem yang paling heaven sebab kau akan rasa enjoy dan seronok gila, despite masalah assignment yang berlambak dan kawan-kawan satu group assignment yang menyakitkan hatilah. Haha.

Yang paling best sebab jadual tak padat, lepas tu banyak kelas cancel. Memang banyak sangat masa senggang untuk aku layan movie, drama korea 23 episod dan habiskan novel 5-6 buah. Itu belum kira tidur lagi.

Sejujurnya, jangan tiru aksi ini XD

Sem satu cuma ada tujuh subjek. Tiga subjek Law, dua daripadanya killer subject. Bagi akulah. Bagi student yang pandai mungkin pada dia celah gigi je. Huhu. Yang lain, subjek english ada dua (ELC080, ELC091), science computer (CSC134) dengan pendidikan Islam (CTU085). CSC134 antara subjek favourite aku. Walaupun waktu lecture aku jarang pay attention sangat sebab suka duduk belakang buka 9gag ataupun baca blog orang. Haha. Tapi madam kata tak apa buatlah apa pun yang penting masa test dan final mesti score.

Yang aku ingat, sem satu aku selalu outing. Sem dua pun sama je sebenarnya. Kehkeh. Kadang-kadang tak ada kepentingan pun. Saja-saja keluar nak release stress katanya, padahal tak adalah stress mana. Haha. Bila ingat balik rasa macam membazir je duit selama ni kalau aku simpan agaknya dah dapat beli kereta haha amboi hiperbola kau. Nak buat macam mana, bila kawan ajak je terus okay tak fikir apa-apa dah. Hmm.

Ada sekali cuti aku balik rumah makcik aku, Cik Som dekat-dekat dengan uitm juga. Dalam 5-10 minit perjalanan. Lepas tu petang-petang Cik Som bawa kami jalan-jalan sebab sibuk sangat nak tengok sawah. Jakun eh kat Kluang tak ada sawah. Hahahaha.



Cantikkan sawah? Aku suka sangat tengok sawah, sebab hijau dan menenangkan. Cewahhh. Waktu ni rumet aku Anys ikut aku. Lepas tu bila cuti raya cina aku tak balik sebab cuti empat hari je, jadi aku pula ikut dia balik rumah dia kat Penang. Hehe. Tapi masa kat Penang tak ada gambar. So sad T_T

Aku ingat lagi final week masa sem satu paling tak boleh blah. Study main-main lepas tu kadang-kadang layan Running Man. Haih. Study bila rasa nak study. Malam sebelum paper baru nak bersengkang mata study lepas tu kalau dah tak tahan ngantuk buat perangai tidur bangun tidur bangun macam hape je T_T


Masa ada gap paper Law, aku ajak Anys dan Kak Azi jalan-jalan pergi Tanjung Dawai. Niat di hati ingatkan nak lepak-lepak makan sotong goreng tepung sambil menikmati angin laut tiba-tiba hujan pulak dah. Cuaca tak mengizinkan. Jadi, selepas mengambil beberapa keping gambar, kami pun bergerak menuju ke Amanjaya Mall, Sungai Petani untuk merawat hati yang lara. Jangan marah he... Kehkeh.

Kami lepak di Amanjaya Mall sampai malam. Waktu nak balik tiba-tiba dapat call daripada Jiji suruh tunggu dia dan Maiza kat parking lot sebab nak balik uitm sama-sama. Tunggulah dia kat situ sambil buat beberapa pusingan drift dan nyanyi lagu Blank Space kuat-kuat. Haha. Haih rindunya. Bila diorang dah sampai, aku terus drive balik uitm. Masa on the way nak balik tu tiba-tiba diorang berbunyi ajak pergi Penang. Masa tu dah pukul 10 lebih. Aku tanya betul-betul serius ke diorang nak pergi. Diorang kata ya aku pun apa lagi terus naik highway menuju ke Penang. Haha. Gila betul masa tu, dengan tak bawa baju apa semua terus plan nak overnight kat Penang. Malam tu pusing-pusing beberapa tempat lepas tu semua dah lepak sebab dari pagi dah keluar. Plan nak overnight ke laut sebab semua nak tidur. Terpaksalah cari hotel tengah-tengah malam.

Kami bermalam di hotel Lodge 18, Butterworth. RM140+ semalam sebab bilik lain semua dah penuh. Ada satu queen bed dan satu single bed. Tv ada tapi astro tak ada. Haha. Selesalah juga buat tidur untuk beberapa jam kan walaupun rasa macam membazir je. K. Tak apalah, kenangan. Bila ingat balik rasa nak gelak je.

Dari kiri : Anys, aku, Jiji, Kak Azi, Maiza.

Pagi esoknya kami cepat-cepat balik uitm sebab takut kereta sewa kena bayar lebih. Haha. Pakai pun baju semalam tapi jangan risau kami mandi siap berus gigi tau. Jangan cakap pengotor pula! Kehkeh.

Sebenarnya banyak lagi kenangan best-best masa sem satu tapi kalau nak cerita semuanya entah berapa page baru habis. Mostly kenangan dengan kawan-kawan rapatlah yang paling aku rindu. Kalau nak cakap pasal kelas tu memang… Aku ni bukan jenis yang rapat sangat dengan budak-budak sekelas. Biasalah diorang pandai-pandai, bakal lawyer kan, tak boleh nak join, tak masuk otak. Senang cerita, tak sekepala .__.

Haih... Rindu korang. Rindu Jiji rindu kak Azi rindu Syasya rindu Anys rindu Maiza rindu semorang T_T


p/s: Jangan tanya kenapa tajuk bahasa inggeris isi bahasa melayu i pun tak tahu uolsss.

Monday, December 07, 2015

Jom ke Taman Botani Johor!

Assalamualaikum.

Lately ni aku busy sikit sampai tak ada masa nak update blog atau balas blogwalking korang. Sorryyyyy. 

Busy banyak sebenarnya sampai nak on laptop pun tak sempat. Haha.

By the way, Sabtu lepas aku ikut family shopping barang sekolah adik-adik. Saja menyibuk walaupun dah habis sekolah. Eksaited. Huhuhu. Lepas lunch, tiba-tiba ayah ajak pergi Taman Botani Johor yang terletak di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Taman ni dah lama ada rasanya, cuma mereka ada upgrade sikit-sikit tu yang nak pergi tengok tu since ramai orang dok post dalam Facebook bagitahu mereka pi sini. Haha.

Masa on the way tu cuaca memang panas tapi malangnya bila sampai sana, hujan pulak T_T Terpaksa tunggu sampai hujan reda sikit barulah pergi masuk dalam. Tu pun still gerimis kuat jugalah masa tu. Dah lah kena parking luar pagar sebab pintu pagar tak buka. Aku rasa sebab hari Sabtu kot. Pejabat dalam tu pun tak buka. So kalau nak pergi, aku sarankan pergilah hari biasa. Tak adalah kena jalan jauh-jauh nak masuk dalam.

Boleh tahan cantik jugalah tempat ni walaupun macam tak terurus je. Huhu. Yang paling membuat aku sakit hati sebab sampai-sampai je sini, handphone aku terus mati sebab kehabisan bateri. Blergh.

Dalam taman ni ada tasik-tasik terhasil daripada bekas lombong.

Tuan belog pun nak ada gambar juga. Bagilah can sikit. Kehkeh!

Masa kami sampai tak ramai orang sangat tapi waktu nak balik, dah penuh dah orang tepi tasik T_T

Siapa yang belum pernah datang sini, jemputlah datang. Cehwah macam rumah aku je. Haha. Tak kena bayar pun nak masuk sini. Free je. Sukalah tu free kan. Lepas tu boleh jalan-jalan seluruh negeri Johor sekali. Johor pun ada banyak tempat best tau! Bulan Disember ni aku wartakan sebagai Bulan Melawat Johor. Heh.

Last but not least, tips kalau nak pergi sini jangan pergi waktu hujan atau selepas hujan sebab memang bestlah mandi lecak kasut semua kotor macam apa je tapi dalam gambar tak nampaklah kan kan. Haha.

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.