Pinterest

Tuesday, November 29, 2011

Rupa tak menjamin kebahagiaan :)

hands, black, and stars image
Cinta dan rupa sering berkait rapat. Bila cerita pasal cinta, mesti ada kaitan dengan rupa. Walaupun sikit, ia tetap ada. Bukan-lah nak tunjukkan yg kita nih memilih cinta berdasarkan rupa semata, tapi dah memang lumrah. Manusia sukakan yg cantik-cantik. Ada ke manusia yg pilih selipar buruk drpd kasut yg masih elok?

Cuba-lah tanya seorang demi seorang, ada ke yg nak pasangan hidup yg tak cantik? Tak handsome? Tengok budak-budak zaman sekarang pun dah pandai, nak yg cantik, yg handsome jeh. Kita bukan memilih, cuma untuk mencari pasangan hidup, kita mesti akan pilih yg terbaik kan? Sebab kita nak tengok dia sampai akhir hayat kita. Kalau tak berapa cantik atau handsome pun, at least sedap mata memandang-lah kan?

Okey, itu mungkin pendapat aku dan mungkin sesetengah orang. Tapi masalahnya sekarang ini adalah perlu ke kita mempersoalkan tentang pilihan orang lain? Sebab setiap orang ada citarasa yg berbeza.

Aku bosan bila jalan ramai-ramai kat bandar then ternampak pasangan couple tengah jalan sama-sama pegang tangan or tak kisah-lah tengah buat apa pun. Lepas tu tiba-tiba aku dengar ayat-ayat macam ini..


"Cuba kau tengok tuh. Handsome siot lelaki tuh. Tp awek dia muka macam minah indon."


*telan air liur

Atau mungkin ayat macam ini..


"Lawa-lah perempuan tuh. Tp kesiannya. Pakwe dia muka macam pecah pintu jeee."



Aku tak faham. Sungguh aku tak faham. Siapa kita nak mempersoalkan girlfriend atau boyfriend orang lain? Ayah dia ke? Mak dia ke? Bukan. Malah jauh sekali. Jadi kenapa perlu nak burukkan orang lain?

Tak kisah-lah muka macam minah indon ke, muka pecah pintu ke, itu kan pilihan dia. Dah sayang, nak buat macam mana kan. Dia tak susahkan kita pun. So buat apa kita nak sibuk? Atau pun kau cemburu sebab mereka sweet? Kau tak? Ataupun kau memang forever alone? Hahaha.

Sentap kan bila kawan kita sendiri kutuk dan merendah-rendahkan boyfriend atau girlfriend kita? Ye mungkin boyfriend aku tak se-handsome boyfriend kau. Tak se-jambu boyfriend kau. Tp ada kami susahkan hidup kau ke? Sejujurnya, aku rasa tak kot. So lebih baik kau diam je.

Untuk apa nak bangga ada boyfriend handsome tp tak setia? Curang sana sini. Skandal keliling pinggang? Untuk apa? Untuk apa nak batak yg boyfriend kau kaya ada kereta tiga biji, rumah banglo 5 tingkat tp dia tak pernah bagi apa-apa pun pada kau? Untuk apa?


*senyum


"Buat apa dicerita, bahagia kita rasa.. Biar tak dipercaya, peduli orang kata.."


Persetankan kata orang! Siapa pun pilihan hati kita, yg penting kita bahagia. Rupa tak menjamin kebahagiaan. Keikhlasan dan kejujuran yg paling penting dalam sebuah hubungan :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.